Iklan Berbayar-Terimakasih kerana klik anda

Apr 5, 2012

Mengapa masih terasa hentakan




 Masalah hentakan yang kuat pada roda adalah masalah yang mengaitkan banyak penghubung antara beberapa komponen roda seperti ball joint,tie rod end,u stand,bush,absorber,spring dan absorber lining.

Masalah hentakan dan bunyi bising pada roda yang melibatkan suspension banyak dipertanggungjawabkan kepada absorber walaupun pada hakikatnya hentakan dxan bunyi bising sebenarnya melibatkan banyak komponen roda yang lain seperti yang disebutkan tadi.

Fungsi absorber hanyalah sekitar 60 peratus dari bunyi bising dan hentakan kuat pada roda semasa pemanduan.Hentakan dan bunyi biasa terjadi bila terlanggar bump diatas jalan ataupun membelok dengan kuat iaitu hampir 90 darjah setiap kali belokan.

Absorber kereta yang telah rosak biasanya akan terdapat kesan minyak pada sekeliling badan absorber jenis minyak sementara absorber gas pula kerosakan dapat dikesan ketika pemanduan dimana badan kereta terasa berjalan seperti di atas jalanraya dan jika kita perhatikan dengan teliti badan kereta seperti senget kearah mana absorber gas tersebut rosak.

Pengguna yang keliru akan penggunaan u stand atau upper arm pula akan tidak mengedahkan komponen tersebut walaupun hakikatnya u stand adalah penyumbang sebahagian besar dari hentakan suspension kereta.


Di dalam rod end tidak kira samada ianya steering rod atau tie rod end atau ball joint semuanya terdapat bebola untuk menyelaraskan kedudukan roda semasa pembelokan disamping menyerap hentakan di atas jalan.Penyerapan hentakan oleh komponen-komponen roda  ini hanyalah sekitar 40 peratus .

Walaupun hanya 40 peratus akantetapi hentakan dan bunyi yang terhasil oleh absorber yang rosak kebiasaanya bergantung sepenuhnya kepada komponen-komponen yang disebutkan tadi.Ketika membelok absorber tertekan dan serapan hentakan akan hilang dan beralih kepada rod end dan u stand.

Terdapat pengalaman kes dimana pengguna yang telah menukar absorber,spring dan joint masih mengalami bunyi yang kuat semasa belokan dan semasa pemanduan rata.Setelah ditukar u stand di kedai yang lain hentakan tidak terasa dan bunyi juga telah hilang. Ini bermakna hentakan bukan saja terhasil apabila absorber telah rosak malah melibatkan komponen kecil lain terutamanya u stand.Tetapi harus di ingat bukan semua kereta menggunakan u stand,hanya keret-kereta seperti Honda,Toyota dan banyak jenama dari Jepun saja yang banyak menggunakan u stand untuk penambahbaikan suspension yang lebih elok.

Kereta dari negara kita kebanyakannya tidak menggunakan u stand pada pemegang absorber akantetapi menggunkan pemegang terus skru pada absorber.



Secara kesimpulannya untuk menghalang dari  hentakan dan bunyi bising suspension ini berulang  adalah seperti berikut:-

!)Menukar absorber dan u stand serta
2)Menukar absorber dan lining








77 comments:

Anonymous said...

salam...

ini pasal crv 2nd gen. saya...
lepas 10 tahun macam2 hal...

absober empat2 dah out...
lower arm bush small & big dah out...
tu menurut honda service lah...

saya pergi bengkel luar diorang bagi quotation bagi termasuk labour dekat rm2k...
berpatutan ke?

kenapa absober saya boleh rosak?
langgar bonggol & lalu jalan yang teruk ke?

boleh tak service selain tukar?

if saya tak tukar ape akibat yang jadi pada kereta saya terutamanya pada tayar saya?

tq.

ru61@pGGRNuSJ

'aril'budak giatmara said...

salam bang..nk tanye cikit pasal smlam kami kt bengkel ader repair stu kete kancil...macm2 kami da buat tukar absober mounting,tukar mounting sebelah gearbox..tp stil mcm same jgk...bunyi gegar masa kete strat bergerak..bunyi mcm langgar bonggol kecik..makin laju kete makin kuat bunyi...tayar sebelah kiri...ape masalah die bang ek????tolong bantu...ini saya punye FB..syfiq aril..ader pic ader bunga merah...

sord87 said...

saudara ru61@pGGRNuSJ

Biasanya komponen suspension bertahan selama 5 tahun jika saudara dah gunakan 10 tahun ,saudara beruntung.
Sebenarnya komponen kereta semuanya akan mempunyai jangkahayat tetentu boleh digunakan biasanya selama 5 tahun.Semua komponen akan rosak jika kereta digunakan di atas jalan.

shock absorber tiada sevis kerana penggunaan hidraulik yang dibuat dikilang.

Jika menggunakan terus absorber tidak merosakan apa2,ada terdapat kereta lama yang menggunakan terus absorber dll melebihi 20 tahun.

Pandu banyak bunyi dan terasa hentakan kuat di atas jalan.

sord87 said...

saudara syafiq aril

kena tukar lower arm.

ahmad said...

Salam bro, saya nak tanye berkenaan absorber kreta honda accord, smlm saya bru lepas pg ke service centre honda, dier kate msalah absorber yg bunyi, masalahnya ble naik bump x bunyi tp ble enjin bergegar n langgar lubang berbunyi cm skru de yg longgar jerk tp ble cek kt honda services centre dier ckp absorber, just nk thu klu absorber dh bunyi n rosak boleh patah ke klu still gune n x tkar? Kt service centre tu ckp boleh patah, just nk make sure betul ke bleh patah?

sord87 said...

saudara ahmad,

Absorber tak boleh patah walaupun berbunyi.Pada pendapat saya apa yang saudara hadapi adalah kedudukan absorber yang tidak tetap,Kedudukan ini boleh dibetulkan dengan mengunci ketat semua skru,menukar bering absorber,menukar getah absorber dan membetulkan kedudukan spring pada kedudukan yang betul.

Zaiham said...

Assalamualaikum.

Saudara, saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa utk menjawab segala permasalahan kami dgn teliti.

Sy telah menukar drive shaft Naza Citra saya.Namun masih terdapat bunyi spt drive shaft problem apabila saya membelok 90 darjah (sebelah kiri shj bunyi 'klik').

Absorber juga terasa spt mcm nak rosak setelah sy menukar drive shaft tersebut.Adakah masalah ini disebabkan oleh mekanik salah pasang salah satu komponen semasa menukar drive shaft.

Sy bercadang utk menghantar kereta tersebut ke naza academy service centre di Gurun. tapi biasalah, labour charge terlalu tinggi.

sord87 said...

saudara zaiham,

drive shaft ad dua luar dan dalam,sekiranya bunyi tersebut agak ketara drive shaft luar rosak dan jika bunyi sedikit dan terasa seperti terhentak adalah masalah drive shaft dalam.

Jika saudara tukar sebatang biasanya kesan bunyi akan hilang serta merta dan jika terdapat juga bunyi bering absorber mungkin sedikit ketat.

Unknown said...

Assalamualaikum tuan,

saya ingin tahu cara mengetahui cara absorber rosak atau keras.saya memandu grand livina hampir 4 tahun tidak pernah menukar absorber.apabila saya menekan penjuru kereta diatas kedudukan absorber ia keras dan body kereta tidak bergerak kebawah atau keatas .adakah perlu diganti absorber ini.

semasa saya memandu diantara kelajuan 8okm/j-100km/j. stering dan body akan bergegar seketika kemudian normal bila 100km/j keatas. saya telah menukar tayar, rim, alligment, on Wheele balacing serta bearing tayar tapi masih bergegar dalam kelajuan tersebut.adakah ini ada kaitan dengan absorber.

apakah nasihat tuan..

terima kasih

sord87 said...

saudara unknown

Absorber yang telah rosak atau haus akan terdapat minyak berkeladak sekelilingnya,ia boleh diperiksa secara membelokan tayar dan merasa sekeliling absorber tersebut.

Gegaran semasa memandu akan terjadi bila

1.Tayar tidak rata,ada benjolan
2.Steering rack yang lembut
3.Bush yang haus (absorber dan lower arm)
4.gelang getah stability atau sate yang haus dan senget,biasa terjadi pada honda dan nissan
5.balancing
6.alignment

Anonymous said...

Kereta bunyi waktu turun bonggol sebelah pemandu, bila bawa slow naik bonggol tak bunyi tapi jika laju sikit bunyi besi. Apa yang perlu ditukar. Waktu naik bonggol tak bunyi

sord87 said...

saudara kereta bunyi,

masalah bunyi sedemikain adalah bunyi disebabkan oleh lower arm sebelah pemandu.

Anonymous said...

Tuan,

Saya nak bertanya sikit, baru2 ni absorber wish saya belah kiri belakang rosak, minyak meleleh dan tayar berbonggol. Saya diminta menukar keempat-empat absorber di w/shop berhampiran rumah oleh tokey w/shop tersebut sebab dah 5 tahun. Malangnya setelah tukar saya rasa hentakan sedikit keras berbanding sebelum absorber saya rosak dulu. Adakah sebab upper arm atau mungkin ada jenis absorber yg lembut dan keras? Mohon jwpn tuan. Tq.

sord87 said...

saudara toyota wish,

Jika tiada kecacatan pemasangan seperti,spring yang tidak duduk betul pada tempatnya dan getah alas absorber tepat ,absorber baru tidak akan keras.

Periksa semula di w/syop tersebut.

Tamamangos said...

salam..mau tanya ni..napa belakang keta myvi saya mcm ada bunyi2 mengereot kalau atas jalan gravel / jalan yg tidak rata?absober belakang sudah tukar tapi masih jg ada bunyi tu..patut ka saya menukar rear coil spring mounting? tq.

Tamamangos said...

salam..mau tanya sikit pasal keta myvi..napa ya ada bunyi2 mengereot di bahagian belakng (kalau tak silap bhgn absober belakang)..

Absober belakang baru juga saya tukar tetapi bunyi tersebut masih ada..

patut kah jg saya menukar rear coil spring mounting?

keta baru pakai 3 tahun..

sord87 said...

saudara tamamangos,

Mungkin salah satu absorber bering belakang karat atau tak berfungsi.

Anonymous said...

salam.

biasanya berapa bajet nak tuka absorber kancil ek ? sebab bile saya bawak je, mesti rasa macam atas jalan. boleh rasa batu2 kecik tu. bila langgar lubang kecik pun rasa kot. pastu kalau kat bump mesti kena slow giler2. camne ek ? bape range harga yg biasanya ?

-anna-

sord87 said...

saudari anna

Kancil absorber sebatang kira2 rm100.

Mior Azizi said...

Nk tanya kenapa kereta sm4 senget sebelah kanan.spring dah tukar baru sport apa masalahnya

Mior Azizi said...

Salam.saya nk tanya knp kereta honda sm4 tinggi sebelah.bila bwk ada terasa goyang.spring sudh tkar sport.ada sesiapa yg blh selesai kan masalah nie tak

sord87 said...

saudara mior azizi

sebelum ni ada yang bertanya masalah sama senget dan tayar jejak body dan model juga sama,malah beliau dah tukar absorber,spring,lower arm,getah absorber tapi masalah tetap sama dan sehingga akhirnya beliau menambah spacer pada rim dan masalah beliau telah diselesaikan.

Sare said...

salam,
saya skg bwk satria neo, kereta ayah.
student lg.
kereta nie beli tahun 2007.
skg klw naik je kt bhgian tyr akn berbunyi.
bunyi spring i guess.
klw lalu kt bonggol pn hentakan dia kuat sgt.
lps tu klw drive rse menyerong ke kiri.
dh tya kt bengkel, tp abg tu ckp xde ape2.
myb dia x check absorber time tu.
sy sdri pn x tahu sgt psl kereta.
tp tanda2 yg sy sebut td, mcm ade kaitan dgn absorber kn?

sord87 said...

saudari sare,

Bawa ke kedai tayar buat alignment dan balancing,jika bunyi masih ada dan bawa semakin tak sedap ada masalah pada arm bush.

Anonymous said...

slm bro.sy drive kelisa umo 10thn.ape prob klu speed takat 100km/j je steering da gegar.xde lak bunyi2 pelik.da alignment & balancing pn sme je?da tkr tyr,absober,drive shaft,mountg abs.pomen pn x dpt solve.hrp blh bantu.tq

sord87 said...

saudara kelisa 10 tahun,

Gegaran yang tidak dapat dibendung setelah tukar komponen roda seperti tayar,lower arm,stereng rod,tie rod end,drive shaft,absorber,mounting dan alignment adalah biasanya disebabkan oleh stereng rack itu sendiri.

Saudara perlu tukar stereng rack untuk membaiki semula keadaan gegaran

MMY said...

Assalamualaikum..

Tuan, saya menggunakan sebuah kereta proton Iswara sedan 1.5 thn 1996. Masalah yg sy ada hadapi ialah apabila tayar belakang kereta saya melanggar lubang sama ada besar atau kecil, jln tidak rata mahupun line kuning, berlaku hentakan yg amat kuat seolah2 kedua2 absober belakang kereta sy telah rosak teruk padahal sy br shj menukarnya. Utk mklm tuan, sy menukar absober minyak jenis APM. Sy jg telah menukar excel bush dan sy menggunakan rim 15inci (Waja). Apakah yg perlu sy lakukan lg. T.kasih.

MMY said...

Assalamualaikum..

Tuan, saya ingin bertanyakan masalah kereta sy. Sy menggunakan kereta proton Iswara sedan 1.5 thn 1996. Masalah yg sy hadapi ialah apabila sy melanggar lubang, permukaan jln tidak rata mahupun line belang kuning, tayar belakang kereta sy mengalami hentakan yg amat kuat seolah2 absober sy telah rosak teruk sedang sy baru shj menukar absober baru. Utk makluman tuan, sy menggunakan absober minyak jenama APM dan sy menggunakan rim 15 inci proton waja. Sy jg tlh menukar excel bush. Apa yg patut sy lakukan lg. T.kasih.

MMY said...

Assalamualaikum..

Tuan, saya ingin bertanyakan masalah kereta sy. Sy menggunakan kereta proton Iswara sedan 1.5 thn 1996. Masalah yg sy hadapi ialah apabila sy melanggar lubang, permukaan jln tidak rata mahupun line belang kuning, tayar belakang kereta sy mengalami hentakan yg amat kuat seolah2 absober sy telah rosak teruk sedang sy baru shj menukar absober baru. Utk makluman tuan, sy menggunakan absober minyak jenama APM dan sy menggunakan rim 15 inci proton waja. Sy jg tlh menukar excel bush. Apa yg patut sy lakukan lg. T.kasih.

sord87 said...

saudara MMY,

saudara perlu periksa bush pada pemegang roda belakang dan ada terdapat skru pengikat bush tersebut,jika dua belah bush tersebut
nipis kereta tetap akan berasa seperti hentakan kerana telah melanggar besi.

sord87 said...

saudara MMY

seperkara lagi tayar saudara adalah tayar rim 15 jadi ia agak rapat dengan body saudara perlu gunakan spring yang agak lebih tinggi atau sport spring untuk absorber menganjal bila langgar tempat tinggi.

Anonymous said...

Assalam. Keta Hyundai Accent sy ada masalah bunyi kt tayar depan. Raya puasa ari tu tukar driveshatf kiri & kanan & bearing kanan. Minggu lepas baru tukar driveshaft sblh kiri sbb ada bunyi masa belok, then bush koyak. Tp skarang ni bunyi tu masih ada kalu sy belok (kiri/kanan).Kadang2 kalu tak belok pn ada bunyi macam lalu atas line kuning (tak,tak,tak).Risau jgk sbb org kata silap aribln tyr leh jalan dulu.Jazakallahu khairan.

sord87 said...

saudara hyundai accent,

Untuk pengetahuan drive shaft ada luar dan dalam,saya rasa saudara tukar d/shaft luar dan tak tukar yang dalam pada gearbox,

2.d/shaft dalam akan berbunyi walaupun pada jalan lurus kerana ia hanya digunakan untuik memusingkan roda.Saya rasa d/shaft dalam saudara telah rosak,ada baiknya saudara tukar juga dan biasanya bila tukar d/shaft ramai yang tukar dalam dan luar sekali serta shaft pemegang.

carless perodua said...

Assalamualaikum ....

Sy ingin bertanya , sy pengguna myvi .... Masalah sy yg sy hadapi skarang adalah apabila stering sy belok ke kiri atau ke kanan sama ada bhenti atau berjalan stering sy akan mengeluarkan bunyi spt 'ktak' .... Tetapi bunyi tu bkn bpanjangan spt 'ktak ktak ktak' .... Stering tu mengeluarkan skali je bunyi ....

Apa masalahnyee dan cara penyelesaian ??
Anggaran kos penyelesaian ??

carless perodua said...

Asalamualaikum ....

Sy pengguna myvi dan apa masalah sy skarang ni apabila stering sy belok ke kanan atau ke kiri , stering sy akan mngeluarkan bunyi spt 'ktak' ..... Stering tu mngeluarkan bunyi skali je .... Apabila sy mmbelok ....
And sy xpernah lg mghantar kereta ke workshop sbb takot ditipu ....

Just nak tau apa masalah dan cara penyelesaian ...
Dan anggaran kos nyee .....

Terima kasih :)

sord87 said...

saudara carless perodua,

ini adalah masalah housing drive shaft dalam yang dah longgar.Jika tukar ,tukar sebatang luar dan dalam,jika kanan bunyi tukar kanan begitu juga jika bunyi kiri tukar kiri.

sord87 said...

kos sebatang kira2 rm250 sahaja

joe said...

Salam...saudara... Nk tanya, saya baru tukar spring sport aibach u krete myvi, lepastu saya dapati kereta saya tinggi sebalah di bahagian belakang sebelah kiri dalam 2/8", saya da suruh org kedai swap spring yg kiri ke kanan dan sebaliknya..tp keputusannye ttp sama...

sord87 said...

saudara joe,

jika saudara tukar semua keempat2 spring sport bermakna tidaka akan ada masalah melainkan jika getah alas tidak sama rata.

Pastikan juga spring diletakan betul ketika proses clamping.

sofri23 said...

Salam tuan.. sy baru tukar enjin kancil kepada enjin l2s.. mohon tuan beri cadangan abdober yg sesuai untuk pemanduan yang selesa n sporty.. rasanya absober sy dh teruk.. langgar bonggol sgt menyedihkan.. tq!

sord87 said...

saudara sofri23,

Gunakan GAB sport spring kancil

Anonymous said...

Encik.. Saya memandu satria neo 07.. Lepas buat alignment n adjust camber di bahagian belakang... Ada bunyi bisingg di belakang kereta sy.. Mohon bantuan dari encikk

sord87 said...

saudara kena adjust semula di kedai tayar lain,chamber tak serasi dengan roda,balancing perlu buat juga sebab pakai chamber

Anonymous said...

Salam

Saya ade masalah dengan kereta Nissan Latio. Masalah nye kereta bila langgar Speed bump atau jalan tak rata ade bunyi "Nyek Nyek Nyek" then bile dah lama sikit bunyi tu berkurangan. Hantar service center diorang cakap tak ade ape2 masalah. Bunyi boleh dgr kuat time malam. Absorber pon dah tukar 4 batang baru.(sebelum nie pakai impul absorber) Lepas tukar absorber bunyi tue kurang sket tapi still boleh dgr. Ape masalah nye yea? dah serabut pikir. Thx in advance.

sord87 said...

saudara nissan latio,

tukar spring absorber dimana bunyi kedengaran,jika depan tukar depan.

Anonymous said...

Salam.. Saya ada masalah dengan kereta toyota wish.. Bahagian belakang kanan berbunyi kuat seperti 2 besi berlaga apabila saya membelok kekanan.. Untuk maklumat baru2 ni saya telah pergi ke toyota specialist berkenaan masalah yang sama dimana ke dua2 absorber belakang telah ditukar tetapi bunyi tersebut masih ada.. Mohon pandangan..

sord87 said...

salam,

Masalah ni adalah masalah roda bergesel dengan sedikit bahagian absorber,gunakan pelapik untuk mengeluarkan sedikit kedudukan roda.

temakol said...

kereta nissan saya apabila melanggar lubang ataupun gab antara parit di jalan terasa hentakan sampai ke kabin...walaupun saya menggunakan tayar jenis comfort goodyear excellence. adakah absorber sudah rosak atau hanya perlu tukar certain rubber atau kene tukar satu set absorber?

Azhar Sepian said...

Salam.kerosakan pd drive shaft sebelah kiri keta waja.baru tukar sebulan tp rosak blk.bila memandu rasa mcm tayar nk tercabut.tukar kali kedua ok sekejap tp jd blk.drive shaft jenis apa yg ok dan brp harga.tukar sebelum ni rm390.

Anonymous said...

ZAMIR
assalamualaikum
saya memandu kia spectra..bila saya pandu naik bonggol dgn kelajuan 20 km/h tade ape..bile 30km/h die berbunyi bomm!terhentak..spring tukar da..absorber tuka da..bush sume ok..
bile kt highway kalau ade turun jambatan mengejut die mcm tayar tu turun terhentak mcm tarik absorber tu..da pening da ttau ape rosak.tolong..trima kasih..

Anonymous said...

Salam.sy ingin bertanya mengenai keta myvi sy yang berbunyi bising pada bhgn tayar dan pintu bhgn blkg penumpang ketika melalui permukaan jalan yg kasar atau tidak rata. Aligment dan balancing br shj dibuat. Apabila dipandu dlm kelajuan 60 atau 70 ketika melalui pmukaan jalan yg kasar,stereng pula bergegar tetapi apabila dipanju laju d highway pd kelajuan 110,stereng tak gegar langsung.keta saya 1april ni br cukup 2 thn guna. Apa sebenarnya mslh keta ni? Terima ksh

sord87 said...

salam kembali,

saya fikir ada eloknya jika pintu diperiksa,biasa terjadi skru pada pintu dan penutupnya longgar dan berbunyi

sord87 said...

Salam Zamir,

Jika saudara menggunakan adjustable skru pada absorber sila periksa kedudukan skru tersebut.

Spring juga perlu berada pada kedudukan yang baik supaya ia tak berbunyi ketika memandu.

sord87 said...

saudara Azhar Sepian,

Menukar d/shaft biasanya sebatang ditukar luar dan dalam .Jika saudara tukar satu saja ada kemungkinan ia akan menyebabkan ketidakserasian antara luar dan dalam dan menyebabkan ia rosak semula.

Drive shaft berbagai jenis dan biasanya Exedy adalah jenis yang biasa digunakan dan kos sekitar rm350

sord87 said...

saudara temakol,

Getah absorber nissan biasa jadi rendah dan menyebabkan terasa hentakan.Getah tersebut juga perlu ditukar jika menukar absorber.

Syed Zul said...

asalamualaikum...saya pengguna honda civic fd..masalahnya bila memandu bunyi kuat mcm bering rosak. bering dah tukar tp still ada bunyi. bila cek rupanya absober belakang dah bocor dan tayar sikit beralun. adakah tayar beralun akan sebabkan bunyi mcm bunyi bering rosak...dan berapa harga absober belakang civic fd.

Syed Zul said...

asalamualaikum...absober honda civic fd saya rosak dan tayar belakang jadi beralun.bila memandu terdapat bunyi bising mcm bunyi bering. adakah absober rosak boleh sebabkan tayar beralun dan keluarkan bunyi. berapa harga absober belakang.

sord87 said...

@Syed ZulAbsorber yang rosak tak keluarkan bunyi cuma ia sedikit memantul bila jalan tak rata.

2.Bunyi hanya akan terhasil pada roda seperti bering dan bush yang haus atau koyak.

3.Bunyi rsak bering boelh didengar dengan kuat jika kereta dipandu lebih laju dan bunyi sedikit kurang bila dipandu perlahan.

Kos tukar absorber sebelah sekitar rm250

hellfuck said...

salam guru.. saye nak tumpang tanye, saya pkai keta kancil 660, apakah yang perlu di ganti untuk membuat sistem suspensi dpan nya mantap seperti baru? setakat ne dah ganti absorber n driveshaft..untuk bahagian blakang pula apa yg perlu di ganti? btw, sye nak brtrima kash kt encik bab atas bntuan blog encik ne keta sye xde msalah enjin panas n overheat dah.. :)

sord87 said...

@hellfuckbelakang juga sama dengan hadapan,cuma depan ada bush kecil pemegang bergetah dan belakang juga terdapat bush bergetah jika boleh bush tersebut juga harus ditukar.

Deb said...

Salam nak tanya..kereta sy viva elite baru pakai 2 tahun..mslh kereta sy bnyi bising dan bergegar bila naik bukit n jalan jem..pastu bila berhenti kt trafic lite free gear n bila masuk gear tekan myk akn kua bnyi sama mcm masa nk naik bukit kalo jln jem..dlu xde bnyi cmtu..bila tnye bengkel ckp kete da xde pickup kena tuning blk tp bila pg perodua dorg ckp kete baru x bole tuning..harap encik dpt membantu sy..bnyi tu cume ada bila naik bukit n masa mula2 nk stat jln je..bila laju xde ape2 mslh..

sord87 said...

@Debsalam deb,kereta saudari memang hilang pikap,enjin perlu dituning untuk dapatkan pikap semula,saudari bawa kemekanik biasa tukar plug,tukar airfilter dan minta mekanik setkan semula distributor dan kalau boleh tukar sekali kabel plug untuk mengelakan api pecah dari mana2 kabel.

Deb said...

Salam encik sy da tnye kdai utk tkr kabel plug tp die ckp viva xde cabel plug die pki ignition coil..jd mcm mn tu?? Air filter dan plug da ditukar..bole bg suggestion bengkel yg bole tuning dan set kn distributor tu..tq..

sord87 said...

@Debignitin coil adalah sebuah distributor juga,ia banyak digunakan pada kereta sekarang,apa yang dinasihatkan oleh mekanik untuk tukar ignition coil adalah betul,sila tukar ignition coil tersebut dan tuning keatas enjin akan kembali normal sediakala.

Anonymous said...

Assalam. Sy pkai kenari dh hampir 8 thun. Bila pandu laju tayar blkg bunyi sgt bising. Pomen kt absorber nk kn ganti baru. Sy baru ganti tyr baru dpn blkg. Apa pendapat mr sord? Tq

Arsad mekanik said...

@Anonymousbuat balancing dan alignment semula jika ia masih berbunyi bising ,tukar bering belakang.

Anonymous said...

Assallm en arsad. Sy dh tuka bearing..trus bunyi bising/dengung ilang. Timekasih ats nasihat. Nk tnya la...
1. Kalo enjin gegar sbb mounting ke? 4 thun lps pnh tuka bru tp bkn ori P2.
2. Workshop en arsad kt mn?

Arsad mekanik said...

@Anonymous2 sebab je enjin gegar 1-rpm rendah 2-mounting gearbox atau mounting enjin pecah.Ori tak ori tak jadi hal,tapi jika salah satu dari 4 mounting tu pecah enjin terus-terusan gegar .

Anonymous said...

Workshop en arsad kt mn?

nissan said...

En Arsad,

Engine nissan saya bergegar kalo masuk gear D....kalo idle ok je.....rpm pun rendah kalo masuk gear....kenape ye?

Arsad mekanik said...

@nissankena tuning enjin tersebut,servis karburatr atau tukar throttle body.

srina said...

Saya sudah post soalan. Tidak pasti keluar atau tidak

srina said...

Jika soalan tidak keluar,harap maklumkan supaya saya boleh taip semula. Terma kasih tuan.

srina said...

Salam. Saya nak bertanya sedikit tuan... Apa yang perlu diganti atau ditukar pada kereta yang sudah menjangkau 5 tahun yang tidak pernah melakukan sebarang major service, hanya tukar minyak hitam dan tayar.
Satu lagi, kereta saya berbunyi kreuk kreak apabila ada penumpang keluar dr kereta. Saya anggarkan bunyi spring.malah apabila saya park di depan rumah yang agak 45 darjah, kereta itu akan berbunyi seolah-olah melepaskan bebanannya selepas diletakkan dan ditarik hand break. Tetapi ia tidak terus berbunyi selepas park, Selepas beberapa minit di park, baru bunyi kreuk kreak akan keluar dan berhenti sendiri kemudian.

Arsad mekanik said...

@srinasaudara perlu tukar brake shoe belakang yang mungkin dah haus/habis kemudian barulah periksa samada sping atau absorber berbunyi jika bebanan bertambah

srina said...

Brake shoe dan brake pad samakah?

Arsad mekanik said...

@srinaLAIN,Brake shoe untuk roda roda belakang manakala Brake pad untuk roda hadapan.

Langgan post terbaharu blog kerosakan kereta melalui email.Apa yang perlu anda lakukan ialah memasukan alamat email anda dan setiap post baru akan dihantar terus ke alamat email anda.

Masukan alamat email anda:

Dihantar oleh FeedBurner

Google+ Badge

kerosakan kereta Headline Animator

Tukar contact point kereta