Iklan Berbayar-Terimakasih kerana klik anda

Mar 31, 2012

Pelarasan enjin

   

 Pelarasan enjin ataupun biasa dipanggil (engine tuning) adalah mengenai pelarasan minyak dan api dalam pembakaran supaya ia bertindak mengikut kadar yang betul dan seterusnya menstabilkan RPM.

 Jika didalam sistem karburator pelarasan begini dilakukan secara manual dengan menyelaraskan skru minyak dan angin pada karburator serta sedikit pelarasan pada api melalui distributor.

 Tuning engine begini juga memerlukan plug,air filter dan kabel plug yang berfungsi dengan baik supaya apa yang dipanggil IDLE enjin dapat dicapai. Untuk mencapai kelajuan RPM pada sekitar 900-1000 adalah amat sesuai untuk engine berjalan dengan baik walaupun ketika aircond dihidupkan.

Pada kebiasaannya tindakan aircond dan kompressor akan menyebabkan RPM engine menurun sekitar 100 RPM.Pada sistem karburator penurunan RPM tersebut akan disesuaikan dengan suis FICD (fast idling control device)aircond yang bertindak mengekalkan RPM pada kadar yang sesuai bila aircond dihidupkan.


Alat FICD

Manakala dalam sistem injection(pancitan minyak) tuning engine dilakukan dengan menggunakan alat diagnose digital (pembaca kod kerosakan) yang perlu ditetapkan kepada jenis-jenis kereta.Alat ini pula berhubung dengan ECU (engine control unit) yang menyesuaikannya pula dengan sistem enjin. Penggunaan alat diagnose begini adalah lebih mudah dan kebanyakan kereta-kereta model sekarang telah dilengkapi dengan sistem ECU yang bertindak melakukan pelarasan engine kepada IDLE ketahap RPM yang lebih stabil.



pembaca kod kerosakan 


Menghadapi masalah enjin bergegar dan RPM yang rendah bila aircond dihidupkan? Jika anda menghadapi masalah sedemikian pastikan anda mengetahui sistem kereta anda ,adakah ia berfungsi dengan karburator ataupun dengan injector.

Pada sesetengah kereta yang menggunakan sistem karburator terdapat skru pelarasan pada karburator yang boleh dipusingkan untuk menaikkan RPM seperti kebanyakan pada kereta Malaysia seperti Kancil dan Wira.








Skru pelarasan minyak betul-betul dibelakang karburator boleh dipusingkan sedikit untuk membantu RPM yang terlalu rendah dan boleh dilakukan sendiri oleh pengguna kereta sebelum berjumpa mekanik untuk melakukan keseluruhan engine tuning.

 Terdapat juga skru pelarasan minyak sedemikian pada sistem injector yang boleh dipusingkan sementara supaya RPM adapat ditinggikan sementara.Skru yang terletak diatas throttle body injector Wira boleh dipusingkan sedikit untuk RPM pada 1000 semula.Jika menghadapi kesulitan seperti asap yang hitam dan RPM yang sedikit-sedikit menaik hendaklah merujuk kepada mekanik.



64 comments:

Anonymous said...

salam abg...boleh tunjuk kan tak cara2 setting timing kereta iswar 1.3... tolong la saya berminat untuk belajar automotif ini...

sord87 said...

saudara iswara 1.3

kalau dah buka dan servis karburator lebih mudah untuk setting timing dan idling enjin,pastikan juga plug ditukar baru.

Pastikan vakum dan semua laluan minyak dan angin dalam keadaan baik.Pastikan juga manifold untuk tapak karburator dikeringkan dan dibersihkan setiap kali pasang karburator.

Setelah semua tu di pastikan,adjust kadar angin dan minyak pada kadar 2 angin 1 minyak,pusing perlahan2 plunger minyak dan skru angin sehingga tiada bau asap yang kuat atau bau petrol yang kuat.Ram enjin sedikit jangan terlalu kuat sehingga idling tercapai,ulang proses memusing plunger sehingga idling enjin stabil.

Anonymous said...

Bagaimana adjust angin dan minyak? Skru yang sama ke?lokasi nak adjust minyak dimana?Angin pula dimana

sord87 said...

saudara angin minyak,

Angin dan minyak menggunakan skru dan injap yang berbeza.Yang berdekatan dengan hose minyak masuk adalah skru pelarasan minyak manakala selebihnya adalah injap angin.

Skru minyak adalah besar dan skru angin kecil dan tenggelam kedalam badan karburator.

Anonymous said...

bro, kereta kelisa saya thn 2004 auto, pagi tadi tiba2 je bila jalan semput2..rpm ok..berhenti kat trafic light asyik mati enjin je..bila start senang hidup tapi masuk gear mati lagi....bila stop jap..ok boleh jalan tapi still semput tersengguk2...pening saya baru2 ni baru je tukar compresor aircond dan apantah barang berkaitan dengan aircond kat dashboard kat sebelah penumpang...apa problem dia ek....adakah disebabkan kaburator kotor, plug, filter minyak atau sbb lain..

sord87 said...

saudara kelisa tahun 2004,

masalah begini biasanya disebabkan oleh api pembakaran yang tak cukup dan ada juga yang disebabkan oleh fuel pump.

Pastikan kereta tersebut tidak berjalan menggunakan plug yang mati,periksa plug,distributor dan pastikan juga tiada percikan api pada mana2 kabel plug,wayar atau distributor yang pecah.

Periksa fuel pump juga di mekanik.

md b said...

slm, saya ada acoord tahun 2004, baru tukar gearbox..maslah yg dihadapi ialah idling kereta, dh htr bengkel 2 kali buat servis thttle body..bila dlm D atau R pada awal2 kete sejuk ok.tp bila keta dah panas..dia akan buat hal..idling jd rendah sgt2..kdg mati enjin.tp bila letak gear dlm keadaan N dia ok plak.tpksa dkt trafik light main D masuk N (n utk kekalkan enjin tak mati)..i ada bc forum..ni adalah masalah ignition/spark coil betul ker???

sord87 said...

saudara md b,

masalah begini masih disebabkan oleh throttle body,servis throttle body saja tidak cukup,di throttle body terdapat alat yang dipanggil stepper motor berwarna hitam,dapatkan alatganti yang baru untuk stepper motor tersebut.

md b said...

tuan sord87, berapa harga stepper motor..tp bila on atau off a/cpnd idling tak jd masalah pulak

sord87 said...

saudara md b

stepper berharga sekitar rm75 ke rm100.

Untuk pengetahuan saudara servis throttle body bukan sekadar membersihkan ruang dalam throttle,terdapat gerigi dalam throttle body yang mudah patah dan akan menyebabkan enjin beralun serta mennurunkan RPM.Gerigi tersebut harus ditukar jika ia belum ditukar,terdapat repair kit untuk throttle body tersebut.

Saudara boleh juga cuba tukar coi atau ignition jika saudara rasa itu penyebabnya tetapi pada saya itu bukan penyebab utama enjin turun prestasi.

Anonymous said...

Salam Tuan, Macamana nak tune carburater accord sm4 tahun 90. Cari skru pelarasan x jumpa. yang jumpa skru laras idle aircond je. Ekzos hitam dan bau petrol...rasanya terlebih petrol....Minta tolong jelaskan...terima kasih banyak-banyak.

sord87 said...

saudara sm4,

asap hitam bau petrol ,karburator tersebut perlu diservis seluruhnya,buka dan cuci bersih dalam karburator,gunakan repair kit jika ada.

Pelarasan luaran tak membantu.

Nota:ada skru kecil untuk adjust minyak dan angin,buka baru boleh lihat.

Anonymous said...

asalamualaikum tuan.

saya ada wira 1.3 karburator tahun 95. masalah kereta ini bila swith off engine macam ade bunyi engine xmati sepenuhnya dlm 2 3 saat then ada bau minyak.kdg2 ok jgk..pastu nk start balik susah nak hidup. apa masalah kereta tu ye? lagi satu masalah aircond jadi xsejuk bila lama sangat parking kereta tengah panas.kalau kereta berjalan aircond ok je..

sord87 said...

saudara wira 1.3

Karburator kena servis sebab minyak yang terkumpul lambat dibakar bila enjin dipadamkan,karburator kotor,setting semula karb tersebut.

2.A/cond tak sejuk bila berhenti :-
a.kipas a/cond pusing tak kuat
2.kompressor rosak

rul said...

assalamualaikum..
saya mnggunakan wira (manual) fuel injection... masalah saya ialah, setiap kali saya menukar gear (terutamanya gear 3, 4 dan 5) terdapat bunyi yang bergetar wujud selepas penukaran gear trsebut. masala ini juga biasa saya dengar pada kertea proton yang lainnya. dah cuba adjust tepet tapi masalah tetap wujud juga.

Hairy 8236 said...

salam tuan,
saya mempunyai kereta jenis myvi 1.3 EZi (auto)tahun 2007 dan mengalami masalah rpm turun naik antara 600-1000 dlm keadaan idle (gear N @ P). Jika disebabkan throttle body, saya sudah servis throttle body 2-3hari yang lepas di Service Center dan dlm masa 2-3hari tersebut tiada masalah. Namun masalah sama tersebut berulang semula hari ini, akan tetapi bila saya off a/cond, rpm menjadi stabil semula tapi pada rpm 500 dan enjin seakan2 akan mati (semput). Apabila saya off enjin dan start semula, rpm enjin menjadi stabil pada rpm 700-800 dan bila saya on a/cond, rpm naik sedikit antara 900-1000 seperti enjin running dlm keadaan biasa..adakah masalah ini berkaitan dgn throttle body dan juga compressor aircond?.. mohon bantuan tuan..

sord87 said...

saudara hairy,

Servis throttle body adalah menukar sebahagian gerigi dalaman menggunakan repair kit.

2.Pada throttle body terdapat stepper motr yang mengawal idling kereta (RPM) pastikan stepper motor juga ditukar.

Anonymous said...

Your site traffic can be skyrocketed and it may even help
you to obtain more natural links. I did a simple search plus it was
not available on any google search. Try in order to avoid a whole heap of keywords,
a good idea would be to have 8 or less keywords.
Here is my web page ... proxy goblin

sord87 said...

thanks for your advice mr proxy goblin.

zullot21 said...

salam tuan...sy mempunyai wira 1.5, masaalah kreta sy ni kdg2 senang nak start,kdg2 susah nak start..jd bila susah nk start sy akan cabut salah satu wayar plug,,pastu dalam skali atau 2 kali start terus hidup..kes ni jadi tak kira masa, kalu sy berhenti saja pastu off enjin...nasib sy 50/50..kalau 2 atau 3kali start enjin tak nak hidup..sy buat cara kat atas tadilah confirm bleh hidup...apa masaalh kreta sy ni?

sord87 said...

saudara zullot21,

saya rasa kabel plug saudara ada short circuit,tukar keempat-empat kabel plug,periksa cap ditributor seeloknya juga tukar rotor distributor atau distributor

Anonymous said...

Salam En Sord87,

Saya dah mati akal dengan karburetor iswara. Saya nak tanya. 1, plug hitam. So kena set air ratio kan? Skru air ratio tu, skru tu kat tengah2 nat saiz 17 kan? Correct me if i'm wrong. So nak pusing ikut arah jam atau lawan jam?
2, atas skru air ratio tu ada satu lagi skru angin kan? Skru tu bulat tak perlu usik kan? Ker tu sebenarnya skru air ratio?
3. Enjin knocking. Adakah berpunca dari air ratio tak cantik aka terlebih minyak? Distributor dah puas main2 retard dan advance, bunyi tak hilang2. tapet pun dah adjust

sord87 said...

saudara iswara karburator,

1.Bila pusing ikut jam maknanya menambahkan ,tak kira angin atau minyak,begitu juga sebaliknya,biasa diselaraskan ketika enjin hidup.

2.skru air ratio jika dibulka banyak lubang,disekelilingnya.

3.Tappet kena adjust ikut kesesuaian enjin ,adakalanya clearance asal tak berjaya hilangkan kncking kurangkan sedikit2.

Anonymous said...

Salam br0..sy gna myvi 1.3 se 20o8..timing kete sy kdang2 dia tinggi bla msuk gear,bla lepas klas timing jd cm biasa..kdang2 bla brek mengejut,enjin kete leh mati tiba2(tekan brek n klas skali gus)1 lg enjin sy akan kuarkn 1 bunyi cm ada cengkerik dlm enjin bla sy tkan mnyk..m0h0n br0 dpt tlg wat pencerahan untk pr0b sy..thanks

sord87 said...

masalah bila tekan minyak berbunyhi dan RPM yang tak stabil,tinggi serta rendah banyak disebabkan oleh throttle body.

Bawa ke mekanik untuk servis throttle body dan menyelaraskan stepper motor atau tukar stepper motor.

Anonymous said...

anggaran k0s untuk throttle body dgn stepper moto brapa ye br0?

sord87 said...

anggaran throttle body termasuk stepper motor rm300

Anonymous said...

Salam... Abg saya nk tanya.... Klu throttle body x hidup lansung... Selalunya kalau on suis... Akan bunyi throttle body... Tp kalau x bunyi... Bagaimana kita nak buat... Kereta jenis kelisa...

sord87 said...

yang berbunyi ketika on suis adalah fuel pump,bukan throttle body.Throttle body hanya ada stepper motor dan gerigi kecil untuk idling.Mungkin fuel pump saudara rosak.

Anonymous said...

Salam, Bang kalau skru pelarasan angin bagi carb enjin proton 12V hilang...camner nak setting ye??ade cara lain x untuk ganti skru tu..dekat dalam skru tu ade spring sekali..sebab skru tu xde jual la...mohon pendapat pakar...tq

sord87 said...

saudara ,

Hilang skru spring tu kena gak cari ganti ,memang susah nak setting tanpa skru tersebut kalau ditutup dengan skru lain boleh ,tapi enjin amat susah nak setting,kadangkala meletup.

Cuba cari di kedai potong kereta,mungkin ada skru dari carb yang tak dijual/rosak boleh digunakan

Anonymous said...

Brp kos tuning kete myvi 1.3 ezi model 2010?

Myvi AHC owner

sord87 said...

sekitar rm 100 saja jika tukar plug dan air filter!

Anuar Mohtar said...

Saya menggunakan kereta jenis Honda 1.6 EJ96 Enjin D16A...baru2 ini enjin saya bergegar dan mati bila dlm keadaan statik...tp enjin senang dihidupkan

Anuar Mohtar said...

Saya menggunakan kereta jenis Honda 1.6 EJ96 Enjin D16A Vtec..baru2 ini Enjin bergegar dan mati bila dalam keadaan statik..Enjin senang dihidupkan

Anonymous said...

bro sya ada iswara 1.3 thn 2000 baru2 ni cdi hangkang dah tukar recond tpi pas 2 bln tiba2 enjin pula begegar@semput dan bila pijak clutch trus enjin mati bila cek plug memang dah kotor dan dah cuci pun tp 1 2 hari ni penyakit semput@gegar dtng balik apa masalh tu bro??

Anonymous said...

bro..nak tanya sikit ni pasal enjin keta..sya ada iswara 1.3 thn 2000..2 3 bulan lepas keta hangkang cdi pas tu bila dah tukar cdi baru ok jap baru2 ni penyakit semput@gegar dtg balik bila pijak clutch enjin mati..dah cuba cuci plug tp masih lagi enjin gegar? adakah masalah cdi,plug tau cable??tq..

sord87 said...

masalah semput terjadi sebab karburator yang kotor,jika pijak clutch enjin mati sebab enjin tersebut sebenarnya tidak pada keupayaan sebenar

1.Tukar kabel plug dan adjust distributor ketahap yang sesuai,rotor juga perlu ditukar.

sord87 said...

saudara anuar mokhtar,

periksa fuel pump saudara,fuel pump yang berhenti tiba2 akan menyebabkan kereta berhnti seketika,fuel pump saudara hampir rosak .

Anonymous said...

Salam...sy nk tnya pasal kereta sy...kereta iswara aerobat...jarum rpm langsung x bergerak....statik kt no.1 walaupun kereta dh jln ngn kelajuan 100km..apa mslh sebenrnya erk??..mohon pencerahan dri tuan

sord87 said...

Saudara yang bertanya RPM,

Tukar meter Rpm kereta tersebut adalah penyelesaian terbaik.

Anonymous said...

salam bang, saya nak tanye utk toyota ipsum, ms stop n aircond on, rpm serendah 0.6; so kete tersedak2. pastu ade bau minyak tp cek2 xde minyak bocor. ade kaitan ke bau minyak dgn tuning tu?

thanks..

sord87 said...

@Anonymousmemang ada kaitan dengan tuning,bila rpm rendah minyak akan disedut dengan lebih kuat oleh injektor atau karburator jadi bila ia tidak dapat dibakar sepenuhnya sebab kesilapan pada tuning akan menyebabkan bau petrol merebak keluar.

Tuning kereta tersebut perlu dibaiki supaya rpm berada pada sekita rpm900-1000

sord87 said...

@AnonymousKaitan dengan tuning memang ada,rpm yang rendah akan menyebabkan petrol yang disedut masuk untuk pembakaran tidak terbakar sepenuhnya dan akan menyebabkan bau merebak keluar dari mana2 rongga terbuka seperti melalui hose injektor dan air filter,tetapi perlu juga memeriksa jika terdapat hose petrol yang bocor kerana rpm yang sangat rendah

Anonymous said...

terima kasih bang utk jawapan kat atas. selalunya brape kos utk tuning toyota jenis ipsum tu ye?
thanks!

sord87 said...

@Anonymoussekitar rm100

Anonymous said...

salam bang, saya dah pegi cek kete ipsum tu, mechanic detect rosak O2 sensor rupanya.

sord87 said...

@Anonymoussalam,alhamdulillah,o2 juga sebahagian dari penyebab rpm jadi tak stabil kerana kekurangan 0ksigen dalam enjin.

Anonymous said...

I would like to thank you for the efforts you've put in writing this website. I am hoping to check out the same high-grade content by you later on as well. In truth, your creative writing abilities has inspired me to get my very own website now ;)

Also visit my website :: plus de vue sur youtube

Anonymous said...

Salam saudara,
sy pemilik wira 1.5 manual thn 2001,enjin jenis mmc 4G15,masalah sy,pd waktu pagi pedal minyak dgn clutch susah nak balance,bila salah balance rpm trus naik 2000,lps tu rpm x stabil,antara 1300 & 1000,sy da tukar servo kit yg baru,yg lame pn masih elok lg,spark plug pn sy da tukar baru,ps 2 mggu masalah yg same dtg lg,knp ye saudara?sy cadang nk tuning balik je..tp apakah masalah utama kete sy ni yek?terima kasih saudara..

Arsad mekanik said...

@Anonymousmasalah ni masalah throttle body,gunakan repair kit untuk baiki

Anonymous said...

salam saudara,
brape harga throttle body repair kit?
Dan,brape kos kalau anta kedai utk repair yek..terima kasih byk..

Arsad mekanik said...

@Anonymouskos repair kit dibawah rm100 dan termasuk upah sekitar rm150

kozi92 said...

salam bos,,saya ada masalah mengenai aircond,,time enjin hidup on acond rpm drop 2k,,banyk dah saya hantar dekat pomen2 semua tak jadi,,ficd dah pasang,tb,plug n cble dah tukar,,cume fuel pump belum lagi...kereta time tak on acond ok je tak de semput2..rase2 apa penyebat nye,,time pagi2 susah nak start..kereta perdana evo 3..

Arsad mekanik said...

@kozi92masalah ni adalah masalah stepper motor yang berwarna hitam terletak pada throttle body,kalau takde parts tukar satu set throttle body.

kozi92 said...

saya dah tukar dah stepper motor baru nie yang bergigi 2,,last2 tukar skli dengan tb...result masih sama...fuel pump kemunkinan berkaitan tak dengan timing nie..time buka ancond..sebab kereta saya pagi2 susah nak start..

Arsad mekanik said...

@kozi92timing rendah susah start,saya rasa exhaust sensor tak ok tkr dulu,oksigen krg

kozi92 said...

Ok bos saya try tukar dulu...takdi saya tukar fuel pum tak jadi jugak...kalu ok saya info balik.k.salam

kozi92 said...

Salm bos,,saya dah tukar sensor exzos 2,,tapi keputusan masih masa macam dulu,,tak tau dah saya nak buat ape,,harap2 bos boleh bantu saya..sebab pomen kate wiring kereta saya kacuk..ke ada masalah ECu..

Arsad mekanik said...

@kozi92kereta ni guna iafm ke,kalau iafm maknaya ada rosak pada iafm.

Arsad mekanik said...

@Arsad mekaniktuningkan distributor pada rpm rendah dan pastikan fuel filter tak terlalu kotor,gantikan juga fuel filter

kozi92 said...

Ok2,,saya try check..tq

Ishida Uryu said...

Salam saudara,
masalah sy,kereta kadang2 tersengguk sewaktu mgunakan gear 3 & 4,tp masalahnya ia berlaku hanya ketika sy gunakan aircond,jika tanpa aircond ok..apa masalah wira 1.5 manual sy ni..terima kasih byk..

Arsad mekanik said...

@Ishida Uryumasalah tersengguk selepas memasang suis a/cond adalah berkaitan dengan prestasi enjin.Olehkerana magnet klac pada kompressor bertindak melekat dengan pulley kompressor ,ini menyebabkan kuasa enjin akan berkurangan tambahan lagi jika kuasa enjin memang telah kurang.

Cara yang mudah mengatasinya adalah dengan menukar spark plug termasuk kabel serta menukar air filter.Akan tetapi jika ada terdapat wayar pada distributor/coil yang pecah bahagian tersebut juga perlu ditukara atau baiki.

Cara ini dapat meningkatkankuasa enjin lebih baik untuk menahan kemasukan a/cond

Langgan post terbaharu blog kerosakan kereta melalui email.Apa yang perlu anda lakukan ialah memasukan alamat email anda dan setiap post baru akan dihantar terus ke alamat email anda.

Masukan alamat email anda:

Dihantar oleh FeedBurner

Google+ Badge

kerosakan kereta Headline Animator

Tukar contact point kereta