Salam dan Selamat Tahun Baru 2012,
Ramai yang menyangka bahawa srevis aircond saja akan menjadikan kereta nempunyai suhu sejuk yang cukup menyejukkan dalaman kereta.Olehkerana banyak kemusykilan dan pertanyaan kenapa aircond kereta tidak sejuk walaupun ia telah diservis maka wujudlah post ini untuk menjelaskan lebih terperinci mengenai apakah sebenarnya servis aircond.
Dalam post komponen aircond terdahulu telah dinyatakan komponen utama dalam sistem aircond yang boleh di servis.Terdapat 3 komponen utama yang perlukan tumpuan menyeluruh dalam pembaikan aircond secara telus.Kompressor,cooling coil dan kondenser adalah komponen utama dalam sistem aircond tetapi bukan komponen yang akan diservis dalam aktiviti servis aircond.
Ramai pengguna kereta yang tersalah tafsir mengenai servis aircond.Servis aircond yang dilakukan dimana2 bengkel kereta adalah mengenai pencucian dan penukaran bahagian tertentu sahaja selain pengisian semula gas aircond dan memeriksa kebocoran pada hose.
Bila servis aircond komponen utama yang akan dikeluarkan adalah cooling coil.Cooling coil adalah mengenai sirip-sirip halus berbentuk empat segi dan mempunyai dua paip hose yang bersambung terus ke kondenser dan kompressor (rujuk gambar).Hose pada cooling coil di tapis dengan injap ataupun biasa dipanggil valve aircond.(rujuk gambar).Injap aircond ini akan ditukar setiap kali bila servis aircond dilakukan.Malangnya kadangkala bahagian ini tidak ditukar dan menyebabkan kesejukan dan keseluruhan sistem aircond kadangkala tidak berjalan sempurna.
Setelah injap ditukar cooling coil akan dicuci dalaman dan luaran dengan menggunakan thinner dan air.Terdapat juga bahan pencuci kimia yang akan digunakan dalam mencuci cooling coil.Kebocoran pada sirip2 halus di cooling coil biasanya akan ditampal sebelum ia dipasang semula.Satu lagi bahagian yang akan ditukar adalah gas filter atau tabung gas.Tabung gas berkedudukan didalam enjin dan biasanya ini akan ditukar untuk pelancaran sistem aircond.
Setelah cooling coil dipasang j kompressor akan ditambah dengan minyak kompressor untuk melincirkan lagi pemusingan bahagian dalam kompressor.Komponen yang biasa mengalami kebocoran seperti hose penyambung da kondenser akan di baiki juga seperti menukar hose dan mengimpal kondenser.
Dan akhir sekali gas aircond akan dimasukan secukupnya setelah semua bahagian yang dinyatakan tadi mengalami pembaikan .Secara ringkasnya servis aircond adalah mengenai:-
1)MENGELUARKAN COOLING COIL UNTUK DICUCI
2)MENUKAR INJAP AIRCOND
3)MEMERIKSA HOSE DAN TUKAR JIKA BOCOR
4)MENAMPAL BOCOR PADA KONDENSER
5)MENGISI MINYAK KOMPRESSOR
6)MENGETATKAN GETAH TALISAWAT KOMPRESSOR
7)MENUKAR SENSOR SUHU JIKA PERLU
8)TUKAR TABUNG GAS
9)MEMASTIKAN KIPAS AIRCOND BERPUSING LANCAR
Jika anda baca dari awal hingga akhir tidak sekalipun disebutkan mengenai membaiki kompressor ,hanya disebutkan mengenai mengisi penuh minyak kompressor.Ini bermaksud jika terdapat kerosakan besar atau kecil pada kompressor akan menyebabkan aircond jadi tidak sejuk.Ramai yang beranggapan bahawa sejuk akan kembali seperti sediakala jika servis aircond telah dilakukan.Harus diingat bahawa kompressor yang rosak adalah penyumbang utama dalam kerosakan keseluruhan sistem aircond selain daripada kondenser dan bahagian kecil sistem aircond seperti suis,wiring dan fius.
![]() |
| injap aircond(valve aircond) |
![]() |
| sensor suhu yang dilekatkan pada cooling coil |
![]() |
| Tabung gas aircond |
Jika setelah anda servis aircond ,anda masih lagi mengalami masalah pada kesejukan dalaman kereta sudah semestinya tidak ada kena mengena dengan servis aircond kecuali terdapat diantara yang telah disebutkan tadi tidak dilakukan dan kecuaian mekanik yang melakukannya seperti tidak menampal bocor dan menukar bahagian penting dalam servis aircond kereta.



10 comments:
assalamualaikum... berapakah kos untuk menukar compressor dan cooling coil myvi.. terima kasih
saudari zuraomar
kalau tak silap saya ianya sekitar rm 400 kebawah.
Salam...saudara sord87 ada bengkel, dimana? berapa kos servis aircond myvi? TQ
saudara yang bertanya,
anda adalah segalanya!
Salam bro! Mcmana hendak mengesan kerosakan sensor suhu? Apa fungsinya? apa masalahnya apabila malam keadan air cond sejuk menggedik, tetapi bila sangkut jam belah siang... Habis masak gua! N last question ada perbezaan sejuk ke untuk jenama senden ke, denso ke, cap ayam ke??? Thanx a lot bro
saudara hogake 69
sensor suhu aircond bertindak mengawal suis automatik kompressor,dan jika magnet kompressor berpusing tanpa henti ini bermaksud sensor suhu tidak berfungsi dengan baik.Masalah aircond yang selalu sejuk dimalam hari ada kaitn dengan kipas kondenser yabg berpusing perlahan dari yang sepatutnya.Dapatkan kipas yang baru.
Jenama sanden adalah jenama asal pada banyak kereta jepun dan memang diakui baik dari segi jangkahayat penggunaan seperti juga denso dan daikin manakala lain dari itu kurang poenggunaanya dipasaran.
salam... sy nak tanya kalau aircond langsung x sejuk n x da angin langsung knp yer...
saudari eira,
Bila tiada angin langsung maknanya blower anda tidak berpusing,jika tidak berpusing angin sejuk memang takan keluar dan ini ada kena mengena dengan fius terbakar atau wiring yang rosak.
salam saudara,
sy ade sedikit kemusykilan berkaitan bunyi aircond compressor myvi yg agak annoying.wokshop ckp bunyi compressor.tp ade jgak yg kate mmg bunyi aircond myvi kuat mcm tu.
mohon pendapat saudara. tq.
saudari sal adyza,
aircond masih sejuk tapi berbunyi bising berkemngkinan minyak kompressor yang dah kurang atau bocor,pastikan minyak ditambah
Post a Comment