Jom!

8 Dec 2011

kerosakankereta-resepi segera kentang kiub ayam knorr

Salam,

Pepagi begini rasanya ramai yang dah berada ditempat kerja setelah meredah jam dan kesibukan kota dan bandar-bandar besar kat Malaysia ini.Rasanya ramai juga yang telah bersiap awal,bangun awal mempersiapkan segala keperluan keluarga seperti memasak salah satu daripadanya.Rasanya tak kurang juga yang mendapatkan sarapan dari kedai makan mahupun warung2 disepanjang perjalanan ke tempat kerja.

Sekadar untuk berkongsi kat sini aku selitkan sedikit resepi mudah dan segera yang mungkin juga ramai yang tak pernah cuba resepi ni lagi.Ianya mudah dan segera hanya perlukan beberapa minit saja untuk disediakan.
Bahan-bahannya seperti berikut:-

1)Kentang 4 biji
2)Bawang besar dihiris
3)Ikan bilis
4)Kiub ayam knorr
5)Lada merah jika mahukan hiasan


Kentang goreng ayam kiub tanpa hiasan
 Cara buat mudah saje,gorengkan kentang dan ikan bilis dahulu,setelah itu tumiskan bawang besar tadi kemudian masukan 1 kiub ayam Knorr.Setelah digaul rata agak-agak bercampur masukan sesudu air supaya kiub tadi tak bergentel.Bila dah sebati masukan semula ikan bilis dan kentang goreng tadi dan gaulkan kira-kira 3 minit dan  terus hidangkan.Letakan sedit lada merah hirisan bunga sebagai hiasan jika mahu.Boleh juga tambahkan telur,udang goreng  jika mahu ,sebagai daya penarik untuk  anak-anak  memakannya.


0 comments:

Tukar Plug Kereta