Blog khas yang memuatkan segala macam kerosakan kereta selama 20 tahun pengalamanku sebagai mekanik kereta dan segala macam pasal kereta dalam kehidupan,yang menarik,tak menarik, pasal bola pun ada gak janji yang ada kena mengena dlm hidup ini le senang cerita.Kerosakan kereta nie banyak macam, ada yang rosak enjin ,rosak body kereta,rosak tayar yang sengaja rosakan kereta pun ada gak,e-kereta dan macam-macam kerosakan lagilah!
5 Nov 2011
kerosakan kereta-Tanda tanda kerosakan pada komponen aircond kereta
Salam aidiadha ,
Sempena menyambut hariraya Korban ini blog kerosakankereta mengucapkan selamat hariraya aidiladha dan semuga korban dan amalan haji yang dilakukan mendapat keberkatan.
Terimakasih yang tak terhingga kepada pengunjung dan pertanyaan yang diajukan semuga anda semua diberkati Allah seadanya.
Olehkerana pertanyaan mengenai aircond kereta amat banyak jadi disini blog kereta mengambil peluang ini menyenaraikan komponen-komponen aircond yang selalu mengalami kerosakan dan tanda-tanda biasa yang selalu dijumpai untuk kerosakan komponen aircond tersebut agar ianya dapat membantu anda dalam menangani kerosakan pada sistem aircond.
Komponen tersebut seperti berikut:-
1.Kompressor
Pada kompressor terdapat magnet clutch yang bertidak melekat dengan pulley pada kompessor setelah suis aircond bertindak dan seterusnya mengakibatkan aliran gas dimampatkan untuk mendapatkan udara sejuk aircond.Tanda -tanda kerosakan pada Kompressor adalah bila suhu dalam kereta jadi panas yang ketara dan berbunyi bising bila aircond dihidupkan.Bila terdapat tanda seperti ini periksa dgn meraba sekeliling kompressor, jika terdapat kotoran berkeladak hitam kompressor tersebut berkemungkinan telah rosak.Jika terdapat kotoran hitam bercampur sedikit habuk besi ,kompressor tersebut juga mengalami kerosakan bering.Jika apabila suis aircond dihidupkan magnet clutch tidak melekat pada pulley dan berpusing kemungkinan besar gas aircond telah kurang dan suis rosak adalah besar.
2.Cooling Coil
Jika aircond kurang sejuk dan terdapat kabus seperti asap putih tebal dalam kereta kemungkinan besar cooling coil anda rosak adalah tinggi.Kebocoran kecil dan besar pada cooling coil boleh mengakibatkan suhu dalam kereta jadi panas.Bau gas aircond dalam kereta juga akan dapat dihidu jika terdapat kebocoran pada cooling coil.Kerosakan ini boleh dibaiki dengan menukar yang baru atau melakukan servis pada cooling coil dan menampal kebocoran pada cooling coil tersebut.
3.Valve aircond
Injap ini bertindak mengawal suis automatik pada keseluruhan sistem aircond menggunakan kesejukan suhu pada cooling coil.Untuk itu bila ianya rosak ,aircond kereta menjadi tidak menentu kadangkala panas dan kadangkala sejuk.Jika tanda seperti ini ketara sekali,hantarkan kereta anda ke mekanik untuk servis aircond.
.
4.Kipas aircond
Kipas aircond adalah sebahagian komponen aircond yang tidak kurang pentingnya dalam sistem aircond kereta.komponen ini jarang rosak tetapi jika rosak bukan sahaja aircond anda tidak sejuk samasekali malah temperature atau suhu enjin akan meningkat lebih dari biasa.Gantikan kipas aircond jika suhu enjin anda meningkat dengan perlahan.
5.Kondenser
Banyak kereta yang mengalami masalah kondenser tetapi banyak juga mekanik kereta tidak mengambil kira kerosakan pada kondenser.Walaupun ramai di antara pengguna kenderaan telah melakukan servis serta semua komponen telah disahkan berfungsi tetapi aircond masih tidak sejuk ini adalah petanda utama kerosakan pada kondenser.Kerosakan pada kondenser akan lebih senang diketahui jika enjin anda mengeluarkan bunyi lebih kasar dan sedikit bising apabila tekanan pada pedal minyak ditambah.Apabila memeriksa kondenser rasakan kedua hujung sambungan gas,pada atas dan bawah kereta,jika terlalu panas kondenser anda rosak samasekali dan jika terdapat kebocoran keladak hitam akan terdapat pada kedua sambungan hose pada kondenser.
6.Suis aircond
Suis aircond adalah didalam kereta iaitu yang anda tekan selalu dan satu lagi adalah relay yang biasanya berada pada kotak hitam yang selalu dikedudukan dengan cooling coil.Jika kereta anda berbunyi dan tersentap sekali sekala jika aircond dipasang kemungkinan suis aircond tersebut rosak adalah tinggi.Ini hanya dapat dipastikan apabila semua komponen lain seperti kompressor dalam keadaan baik.Bunyi klik suis hanya sekali apabila anda pasang aircond adalah bunyi yang betul apabila suis aircond berfungsi dengan baik.
7.Gas aircond
Jika suhu kesejukan terasa sedikit kurang dan tolok suhu dalam kereta terpaksa ditingkatkan kemungkinan besar gas aircond anda telah kurang adalah tinggi juga.Tambah gas aircond bila berkeadaan demikian.HARUS DIINGAT juga tolok suhu ini jangan di letak pada tahap maksima apabila keadaan aircond anda elok,ini boleh menyebabkan aircond valve anda cepat rosak.Tinggikan tahap tersebut sedikit demi sedikit apabila terasa kurang sejuk.
Keadaan belting aircond yang kendur juga menyumbang kepada penurunan sejuk pada aircond kenderaan anda.Periksa ketegangan belting pada kompressor dan ketatkan jika perlu.Belting aircond akan jadi lebih kendur jika terdapat kerosakan juga pada bering adjuster.
Labels:
Aircond kereta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

22 comments:
kereta kancil saya tu, akan berbunyi seperti timing belt bermasalah. Tapi awal bulan servis siap tuka, masih berbunyi sama lepas 2-3 hari servis.. Especially waktu sejuk2..ada berkaitan lain ke? dan lagi satu, timing kereta sgt tinggi hinggakan masuk gear satu tak payah tekan minyak, kereta da jalan.. Bunyi pun kuat bila dalam keadaan statik..
cik nad,
timing belt bermasalah adalah seperti:-
1)terdapat minyak hitam sekeliling timing belt dan kawasan yang berdekatan dgnnya.
2)berbunyi kuat disekitar timing belt bila ditekan minyak
3)enjin bergegar bila dihidupkan kerana tidak tepat marking.
Saya rasa masalah kereta cik nad tiada kena mengena dengan timing belt cuma cik nad perlukan mekanik untuk rendahkan timing dan betulkan dan tukarkan semua vakum hose supaya timing tidak terlampau tinggi.Jika terlampau tinggi boleh merosakan gearbox dengan cepat.
minta bantuan, nak tahu apa yang sebenarnya yang rosak, apabila aircond dihidupkan lebih 5 minit baru ada rasa sejuk, sebelum aircond berfungsi ada bunyi sentakan pada enjin. Boleh tolong emailkan pada saya.
saudara atanseri,
sensor suhu bertindak serentak dengan suis aircond bila aircond dihidupkan,olehkerana itu sensor suhu padacooling coil haruslah berkeadaan baik untuk menghidupkan suis kompressor.sensor cooling coil saudara haruslah ditukar supaya ia dapat bertindak serta merta bila aircond dihidupkan.
salam, ada soalan skit..
sebelum ni kereta tengah bergerak aircond kereta tiba-tiba tidak berfungsi(mati) dan apabila saya on balik aircond hidup, tapi keluar angin panas shj...,dan sekarang ni okey balik..dah sejuk cuma keluar wap waktu pagi dan ada bunyi mengaum pada air cond..harap dpt sedikit penjelasan tq.
saudara encik,
jika aircond telah ada wap bermakna kesejukan terlampau dan ia akan berwap keranan udara sejuk telah membekukan sistem aircond .Biasanya kerana kompressor yang tidak dapat dikawal suhu,pastikan kompressor berfungsi dgn baik dan tiada kebocoran gas jika perlu gantikan sensor suhu didalam cooling coil,saudara boleh hantar aircond untuk servis.
Assalamualaikum..
Sy nak tanye ape punce sbnr kalo kereta saya berbunyi dan tersentap sekali sekala apabila aircond dipasang. Apa yg perlu dibaiki dan anggran kos berape?
Harap encik dapat memberi respon atas soalan sy ni. Trime kasih...
saudari leen,
Memang terdapat sentakan jika memasang suis aircond,tetapi jika sentapan terlalu kuat ada baiknya saudari tukar sensor berwarna hitam pada cooling coil,servis cooling coil saudari dan btau pomen tukar sensor tersebut.anggaran kos tidak melebihi rm200
saya mempunyai kereta proton iswara aeroback....masalah saya ialah apabila aircond dihidupkan tali kipas aircond akan berbunyi..adakah perlu tukar tali kipas tersebut..dan berapa angaran kos...aircond kurang sejuk dan suis aircond kadang-kadang mrnjadi panas menyebabkan suis aircond cepat rosak...apakah masalah tersebut...
masalah saya ialah apabila aircond dihidupkan tali kipas aircond tersebut akan berbunyi bising..adakah saya perlu tukar tali kipas tersebut...dan aircond kurang sejuk kadangkala suis aircond menjadi panas menyebabkan suis aircond cepat rosak...apakah masalah tersebut...saya pakai kereta proton iswara...harap dapat dijawab dengan segera..tq...kalau boleh emailkan je jawapan di iswara_1988@yahoo.com
last week,kereta saya telah dihantar ke mekanik untuk dibuat mounting dan tukar cap flywheel.saya cuma tahu enjin diturunkan untuk buat semua tu.tetapi baru baru ini air cond saya bermasalah ketika berhenti pada waktu jam.air cond akan tetiba panas dan bila kereta jalan seperti biasa dia akan sejuk kembali. adakah turun enjin akan menyebabkan kerosakan air cond?
saudari leen,
Turun enjintiada langsung akan menyebabkan aircond bermasalah malahan kerja menukar mounting dan kerja berkenaan gearbox tidak memungkinkan aircond akan bermasalah.Besar kemungkinan masalah suis FICD aircond yang menyebabkan aircond tersebut panas seketika.Periksa sekali gas aircond jika saudari ingin menukar suis FICD kereta kancil tersebut.
Saya menggunakan kereta jenis kancil 850 manual, terdapat bunyi seperti siulan atau desiran pada bahagian hadapan kereta(kemungkinan dibahagian tayar atau brake)pada pemanduan perlahan(gear 1 atau 2) tetapi bunyi tersebut hilang selepas kereta bergerak agak laju(selepas Gear 3 keatas) dan bila tekan brek bunyi hilang...apakah kemungkinan kerosakkan yang berlaku?
saudara mijie
geseran tersebut memeng biasa kadangkala terjadi disebabkan pelapik pada brek yang agak panjang dan bergesel dengan pemegang pad brek.Ia boleh dihilangkan dengan menambah pelapik pad brek atau mengikirnya sedikit supaya lebih kecil dan tidak bergesel bila bergerak.
salam,
sy pakai iswara lmst thn '05,skrg ade mslh aircond la.kurang sejuk.aritu baru je tukar compressor mitsubishi.tp halfcut pnye la.tp tetap kurang sejuk.kalo hari panas terik,mmg xselesa la dok dlm keta.lg best buka tingkap dari buka aircond.p servis,pomen tu tukar valve cooling coil,botol almunium itam tu,n masuk minyak compressor smpai 2 tin.tp tetap kurang sejuk.compresor ke yg rosak,condensor ke atau yg lain2.skrg ni tempreture pn naik sket dari biasa kalo bukak aircond lame sket.mohon tunjuk ajar bro.
saudara dzul,
Cuba saudara perhatikan magnet kompressor adakah suis kompressor padam dengan cepat dan kemudian hidup semula dan padam pada kadar yang terlalu cepat,jika ini berlaku aircond tidak akan sejuk samasekali walaupun saudara tukar kondenser dan kipas aircond.Kompressor tersebut bermasalah jika ini terjadi dan bila saudara telah menukarkannya, tukarkan juga sensor berarna hitam dalam cooling coil.
Salam En Sord..
Terima kasih atas membuka blog seperti ini. Sangat membantu..Saya ada satu masalah dengan kereta kelisa 2004. Apabila aircond dihidup, bunyi seperti berdengung kedengaran semasa kereta berhenti. Bunyi agak ketara kerana apabila suis aircond ditutup,bunyi tersebut hilang. Adakan cooling coil, condensor atau compressor..saya masih tak dapat kepastian.. sebab dah pergi kedai aircond.. ada yg bagitau cooling coil...lagi satu kena buka dulu baru tau...macamana ye en sord...terima kasih
saudara multiplaza,
kebiasaannya bunyi berdengung hanya datang dari kipas aircond/kondenser,periksa dengan membuka bonet enjin dan perhatikan sementara enjin dan aircond dipasang,dengung yang kuat hanya jadi apabila kipas motor yang hampir rosak
Salam en sord..
Tadi pergi kedai servis aircond. Diorang bgtau pressure aircond tinggi dlm 200. Mungkin saluran paip cooling coil dan lain2 lagi kena servis..RM260 tu biasa ker...ingat nak g minggu depan untuk servis..mahal ker murah tu??
saudara multiplaza,
rm260 adalah memadai.
Salam saudara. Blog saudara byk memberi pengetahuan baru kpd sy terutama berkenaan aircond. Sy memiliki myvi berusia baru 2 thun. Mslh sy ialah aircond sy lgsung tidak sejuk. Kompresser sy juga berbunyi terlalu kuat dan nyaring jika sy on aircond semasa memandu. Terdapat minyak itam berpasir pd kompressor sy. Harap saudara dpt membantu. Jika tak keberatan emelkan alamat bengkel saudara. Sy juga tggal di putra permai, equin. Emel sy fazleyshiela@gmail.com
saudara ulbul88,
kompressor saudara telah bocor,terdapat seal yang telah rosak,minyak kompressor hampir habis dan menyebabkan bunyi bising,ada lebih baik saudara tukar kompressor dan mengisi gas aircond semula.
Post a Comment