Jom!

13 Oct 2011

Waja paling kerap alami masalah sedemikian

Salam,

Berdasarkan pengalaman beberapa tahun buka dan pasang enjin dan baiki kereta rosak,lama-lama tercatat juga statistik dalam benak kepala aku ni kekerapan kerosakan kereta waja.Mungkin disebabkan komponen yang agak kurang kualiti kereta waja selalu mengalami kerosakan fuel pump.

Harga komponen tersebut dahlah mahal ,banyak pelanggan merungut bila bab kena tukar fuel pump ni,hrganya saja boleh mencecah lebih dari rm500,kalau nasib baik bolehlah dapat barang seakan-akan walau tak sama tapi buatan taiwan.Kalu yang ori dah tentu tak lari dalam tangan mesti ada kurang2 rm500.

Entah apa silapnya alatganti fuel pump waja ni jadi mahal,wallahualam.Banyak juga fuel pump yang aku cuba tapi tak berapa nak muat di tempat bawah kerusi penumpang belakang waja.Fuel pump adalah alat paling penting sekali untuk sistem pancit minyak atau lebih dikenali sebagai fuel injection.

Memang aku tak nafikan waja adalah kereta yang paling elok dari Proton samada bentuk model,kelajuan,kestabilan,keselesaan dan banyak lagi cuma yang tak sedap alatgantinya yang agak mahal.Pesona pun tak kureang juga istimewanya cuma Pesona tu nampak sporty sikit jadi ramai pemuda yang menggunakannya ,nampak lebih bergaya le!

Jika nak kenal bagaimana simptom-simptom kerosakan fuel pump waja adalah seperti berikut:-

1)Tiba-tiba tidak boleh di hdupkan
2)Sesekali hidup terus mati
3)Tersenggut2 bila naik bukit
4)Kurang pick up bila begerak
5)Berbau minyak di enjin kereta

Jika ada tanda-tanda sedemikian ,korang kena lah hati2 sediakan duit dan kenalpasti bengkel terdekat,supaya senang bila dah rosak nanti.

Inilah rupa bentuk fuel pump yang mencecah rm500 keatas tu!





4 comments:

Geng Baca said...

salam.

aku pernah kena masalah fuel pump waja ni... masa aku kena, fuel pump motor masih elok, cek punya cek wayar kat atas kepala fuel pump tu terbakar/putus... pergi kedai dia kata fuel pump tu rosak.. aku tak puas hati aku cek sendiri, nasib baik lah aku ada skit ilmu buka membuka part kereta.. heheh.. so aku wiring balik wayar yang putus.. selang setahun, aku kena lagi masalah fuel pump, kali ni masalah pada wayar yang sama, tapi kali ni bukan putus, tapi hangus terus platik sekeliling fuel pump tu.. dah takleh nak buat apa.. alih-alih tukar fuel pump baru. tapi aku test fuel pump lama tu, motor semua berfungsi dengan baik.. so kesimpulannya, fuel pump ni masalahnya sebenarnya pada wiring... hampeh betul.. kerana wayar seurat, melayan rm250 .. (fuelpum china mari lorrr)

sord87 said...

terimakasih kerana saudara berkongsi pengalaman tersebut,memang ramai yang tak tertahan akan kos fuel pump waja ni yang selalu mengalami masalah sedemikian!

kimchin said...

Saya nk tnya cikit.msa start kereta ada keluar lampu warna kuning.bila nk start kena tggu lmpu kuning 2 padam. lepas 2 baru startkan .saya pun pergi jumpa mekanik so mekanik kata fuel pump rosak saya pun tukar.masalahnya saya dah tukar fuel pump tapi lampu kuning 2 masih ada menyala lagi walaupun sedang memandu.apa masalahnya ye...

sord87 said...

saudari kimchin,

kadang2 lampu kuning atau merah akan menyala untuk menandakan sesuatu,tetapi dalam hal saudari ada kemungkinan ia terjadi kerana masalah wiring dan mungkin juga terjadi sebab ada kesilapan kecil seperti terkena air pada wayar yang berkaitan.ia akan lebih ketara jika masalah wiring pada alternator,jgn risau akan lampu tersebut ia tak menyebabkan kereta saudari rosak hanya mungkin terdapat kesilapan kecil terkena air dan wiring yang rosak.