Kalau nak cerita pasal kereta sampai berjam-jam pun tak akan habis tapi sekadar untuk renungan kepada mereka yang gemarkan kereta kat bawah nie aku selitkan beberapa tips bagaimana untuk memastikan beberapa komponen kereta terpakai yang akan dibeli berada dalam keadaan elok dan boleh terus digunakan selepas membeli tanpa rasa ragu akan kerosakan dalam kadar segera.
Kereta yang telah terpakai sebenarnya banyak jenis iaitu kereta terpakai boleh terus guna dan kereta terpakai boleh guna tetapi rosak selalu.Olehkerana nama pun kereta terpakai jadi masalah ini memang biasa untuk sesebuah kereta yang dibeli dari penjual kereta terpakai.
Kereta pada kebiasaannya pembeli akan meneliti sekitar dalaman kereta samada elok atau tidak dari kerusi,lekap pintu,dashboard dan juga luaran seperti enjin,body serta roda.Kita tinggalkan dulu berkenaan dalaman kerana ini semua telah sedia maklum dan mungkin ramai yang pandai menilai keadaan dalaman kereta sebelum membelinya.Kita terus pergi kepada bahagian enjin kereta dan roda.
Kereta selalunya pejual kereta akan memastikan beberapa perkara yang wajib mereka kemaskan sebelum menjualnya iatu termasuklah menukar beberapa komponen enjin kereta serta komponen roda supaya ia boleh digunakan terus tanpa mengalami kerosakan serta merta.Pembeli boleh memastikan komponen yang telah ditukar ataupun tidak tersebut ini dalam keadaan baik dengan cara seperti di bawah dan antara komponen yang selalu dikemaskinikan adalah:-
- Timing belt atau talisawat
- Brake pad atau cekam brek
- Minyak enjin dan penapis minyak
- Minyak gear auto dan
- Klac
Kereta akan berkeadaan baik jika pembeli dapat memastikan komponen tersebut telah ditukar iaitu dengan memeriksa sendiri beberapa komponen yang boleh dipastikan penukarannya.Seperti talisawat atau timing belt caranya mudah iaitu dengan membuka penutup talisawat dan pastikan tulisan atau tanda jenama talisawat tersebut masih dalam keadaan elok atau baru.
Manakala untuk brek adalah dengan menekan pedal brek beberapa kali dan pastikan setiap kali ditekan pedal pada enjin dihidupkan dan pastikan tiada terasa terdapat gap atau selang antara cengkaman dan pengepaman(pressing).Jika keadaan ini berlaku bermakna pad brek telah ditukar.
Kereta juga kadangkala mempunyai label baru untuk komponen yang telah ditukar seperti pencatat kilometer di talisawat dan juga pada setiap kali servis dilakukan.Pastikan label tersebut telah disematkan pada kereta yang akan dibeli.
Kereta gear manual dan automatik klac adalah komponen penting yang harus dipastikan sebelum membeli sebuah kereta terpakai.Untuk kereta manual carnya amat mudah iaitu dengan meletakan gear pada kedudukan gear 4 dengan handbrake ditarik dan menekan pedal minyak perlaha-lahan.Jika kereta terus bergerak ini bermakna klac tersebut telah haus dan perlu diganti.Manakala kereta gear automatik pula jika semasa test drive pastikan kereta tidak melonjak semasa gear automatik sedang berfungsi dan ini akan mencegah kereta yang akan dibeli mengalami kerosakan segera selepas pembelian.
Sekian,


17 comments:
slm,
En. antara kereta vios dan honda city tahun 2005, mana satu yang selalu mengalami kerosakan? yang saya tau honda city ada masalah pada gearbox tp bole jaga dgn service tiap 20km,vios saya tak tau. bantu saya sbab saya ingin membeli kereta 2nd hand
menggunakan kereta honda banyak mengambil risiko dan memerlukan kos selenggara yang agak mahal berbanding kereta toyota.Ini adalah keranan pembuatan kereta honda amat teliti juga harganya yang lebih mahal berbanding toyota.Memang saudara benar mengenai kesulitan gearbox yang terdapat pada kereta honda tetapi servis gearbox tidak terdapat samasekali dan jika ianya automatik sekalipun servis gearbox tidak dilakukan ianya adalah penukaran minyak auto dan filter sahaja.Risiko terhadap gearbox memang tidak dapat dihindarkan tetapi dari pengalaman saya kereta honda memang memerlukan banyak kos dari penjagaan enjin termasuk komponen2 lain.
Salam. Sy menggunakan kereta gen2 2nd hand tahun 2005. Baru2 ini, enjin kereta sy berasap(temperature terlalu pns). Bila diperiksa, rpny kurang air. Sy tambahkan coolan & bila enjin sejuk sy tambahkan air masak. Namun, bile sy start kereta, enjin x hidup & mengeluarkan bunyi yang sgt ksr. Setelah bbrapa saat, baru enjin hidup. Persoalannya, knp jadi begitu? Adkh kerana tangki berkarat? Mohon en sord87 membantu sy dan memberi tips yang mudah difahami utk menjaga kereta
cik syikin,
Kereta saudari mungkin telah mengalami kebakaran silinder gasket dan perlu diganti.Ianya terjadi jika temperature yang terlalu panas sehingga tahap merah pada penunjuk suhu.Walaupun kereta kadangkala boleh dihidupkan ,lama-kelamaan kereta tersebut akan berhenti terus tanpa boleh dihidupkan semula,sebaik-baiknya saudari buat top overhaul dan jika inginkan penjimatan kos beritahu foeman untuk menukar silinder gasket sahaja.
Nasihat saya jika temperature panas berhentikan kereta SEHINGGA SEJUK kemudian isikan air di radiator,dan hidupkan kereta,cara ini adalah sesuai sekali untuk mengelak silinder gasket dari terbakar.
as slm.. boleh terangkan x apa maksud melonjak untuk kereta aoutomatik...
W/salam,
Jika kereta auto mengalami lonjakan yang berlainan drpd biasa,kebarangkalian kereta saudara mendapat kerosakan pada drive shaft (inner shaft) dan juga mounting gearbox yang telah pecah.
Jika saudara berhasrat menukar drive shaft adalah lebih elok jika saudara tukar sebatang iaitu terdapat d/shaft luar dan dalam.
Salam 1Malaysia tuan,
Saya ingin bertanya mengenai gear auto Waja 1.6.
Kenapa gear utk letakkan pada P (parking) jadi susah nak masuk? Kena paksa/tolak dengan keras baru masuk.
Kalau nak kena adjust clucth, kat mana nak adjust?
Terima kasih.
Sham
Pengguna Waja Auto 1.6
saudara geng baca,
utk pengetahuan saudara,sistem clutch waja auto adalah sistem clutch minyak yang tidak mudah untuk diadjust,memerlukan 2 orang utk membuat bleedinhg minyak clutch.Kebiasaannya jika susah hendak dietak pada P adalah masalah pin pada pemegang gear tersebut,buka tombol gear dan betulkan kedudukan pin tersebut,sudah memadai.
Salam tuan,
Saya dah buat seperti saranan tuan, Kini gear saya kembali elok dan nak letak pada P sudah lancar. Terima kasih.
Salam tuan, mohon nasihat kancil 850 manual dah tukar ke auto 3 speed gearbox, masalahnya bila kelajuannya capai 80 km/j enjin kereta agak bising dan rpm pun naik mendadak brbeza dari manual dulu. Adakah gearbox 3 speed ni tak sesuai dengan kereta ni.Terima kasih tuan.
saudara kancil 850,
Memang biasa rpm akan naik mendadak keranan speed yang terlalu sedikit pada gearbox dan enjin akan jadi bising keranan gear yang terlalu sedikit,cuba dapatkan gearbox 4 speed kancil 850.
nak tanya,saya pakai kancil 850 manual,mcm mne nk tahu tanda2 kehausan klac plat?
saudara ancil 850 manual,
Terdapat beberapa cara menentukannya,saya berikan yang termudah sahaja.
1)Masukan gear pada no 4 dan tarik handbrake serta menekan minyak ,jika kereta bergerak bermakna klac plate saudara hampir habis.
2)Periksa pada klac kabel selaraskan pada kedudukan tertinggi jika ianya masih boleh diselaraskan,tetapi jika telah diselaraskan gear susah hendak dimasukkan bermakina klac hampir habis,keselesaan menolak tombol gear bermaksud klac plate masih banyak.
3)Jika pada tempat berbukit kereta saudara tidak berdaya menaikinya pada tahap gear 2 klac plate hampir habis.
salam cik...sy memakai kereta vios thun 2005...sy nk tnya,cmane sy nk taw bile spatutnya sy perlu tukar minyak gear. ini kerana sy membeli kereta 2nd dan tidak tahu bile owner lama membuat penukaran minyak gear..sekian..
saudara kereta vios 2005,
Dapat keeta biasanya dah tukar minyak gear tapi jika belum setiap 40000 km tukar minyak gear untuk manual untuk gear auto setiap 2kali servi tukar minyak gear auto iaitu kira2 10000 .
salam sy menpunyai kerata wira 1.5GL tahun 2000. masalah sy yalah RPM tiak menentu bila mula dihidupkan dan masa berhenti kerata.RPM kadang akan jatuh sampi 0 dan naik atas 1 sedang kan total body baru tukar 2 bulan lepas
saudara masrul
masalah rpm memang ada kena mengena dengan enjin,Jika saudara telah tukar throttle body kita boleh andaikan saudara tiada masalah pada pedal minyak dan gerigi pada throttle yang mengawal idling enjin.Oleh itu kemungkinan yang biasa terdapat pada masala demikian adalah pada plug yang cepat kotor,itu hanya boleh dibaiki dengan membuat timing enjin yang lebih baik dengan menukar kabel plug dan menyelaras distributor dan servis fuel injection atau karburator.
Post a Comment