Iklan Berbayar-Terimakasih kerana klik anda

Apr 6, 2010

Kereta kancil yang tersenggut-senggut

   
Kerosakan yang terdapat pada kereta kancil memang agak banyak,tetapi dalam post kali ini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman berkenaan kereta kancil yang tersenggut-senggut bila dalam keadaan menaiki bukit ataupun jalan yang tidak mendatar.

Walaupun pengeluaran kereta kancil telah diberhentikan oleh Perodua dan sekarang diganti dengan Viva tapi masih ramai diantara kita masih memiliki kereta ini.

Kerosakan ini akan berlaku bila kita mendaki bukit ataupun jalan yang tidak landai dan sedikit berbukit.Kereta kancil berkeadaan tersenggut-senggut dan bunyi enjin yang seakan-akan ingin berhenti.Bila kita mengalami masalah ini dan kita terus menekan minyak dikhuatiri kereta kancil tersebut akan mengalami 'overflow'(minyak yang dipam keenjin terlalu banyak)dan kenderaan ini akan berhenti dengan sendirinya.

Seperti yang kita ketahui kereta kancil memang menggunakan karburator untunk sistem minyak dan angin,jadi keadaan 'overflow' ini lebih menyukarkan untuk dihidupkan jika berada dalam cuaca yang agak dingin atau hujan.

Kebanyakan pengguna dan mekanik juga akan terfikir untuk menukar spark plug(palam pencucuh) dan menukar kabel plug tetapi berdasarkan pengalaman aku selama berkecimpung dalam bidang automotif ini,kerosakan tersebut bukan berpunca daripada sistem api .Ia sebenarnya berpunca daripada fuel filter (penapis minyak petrol)yang telah kotor dan tersumbat seterusnya mengganggu perjalanan api dalam enjin.Untuk itu penapis minyak tersebut mestilah ditukar.Untuk pengetahuan penapis minyak tersebut berada dikedudukan dibawah kereta sebelah kiri penumpang belakang, boleh tukarkannya sendiri ataupun hantar ke mekanik untuk ditukarkan.Kos penapis minyak tersebut ialah sekitar rm20 ke bawah.

Untuk menyenangkan lagi supaya tidak terganggu perjalanan semasa pemanduan ialah dengan menukarnya setiap kali membuat servis kereta dan pastikan anda atu mekanik menukar penapis angin (air filter) juga untuk lebih kelancaran enjin.




penapis minyak petrol (fuel filter)

152 comments:

ayang_shieda said...

salam..saya nak bertanya..enjin kancil saya(850) akan berbunyi apabila minyak hitam kering dan setelah diperiksa seorang teman mencadangkan buat major overhaul?..adakah itu relevan dan apa beza ngan top overhaul ke sekadar top overhaul sudah memadai utk saya buat?...

sord87 said...

saudari ayang shieda,

Ramai yang selalu keliru kenapa overhaul dilakukan,
1)asap putih keluar dgn kadar sekata dari ekzos
2)Piston ring yang berbunyi
3)minyak hitam yang bercampur air
4)terlalu Susah dihidupkan dan terus berhenti.

Mengikut dari apa yang saudari catatkan kemungkinan kereta saudari mengalami kebocoran minyak hitam dgn pantas,ini sering terjadi,periksa dahulu jika terdapat kebocoran tangki minyak hitam atau penutup silinder yang tidak ketat dan oil filter yang tidak ketat atau bocor,jika ini semua elok kereta saudari tidak mungkin mengalami minyak hitam cepat kering dgn pantas seterusnya membuatkan organ dalaman mengalami geseran kerana kurang bahan pelincir(minyak hitam)

Akan tetapi jika semua komponen yang disebutkan tadi tidak bocor memadai membuat top overhaul sahaja dan tukar semua komponen berkaitan top overhaul dan yang paling utama semua valve seal ditukar.

KOMPONEN MESTI TUKAR UTK TOP OVERHAUL:
1)valve seal
2)grind valve atau tukar valve
3)skim silinder head jika tidak rata
4)silinder gasket
5)gasket penutup

Anonymous said...

Salam. Saya pengguna kancil 850 tahun 2002.Dalam tempoh 3 bulan/5000km bagi serbis berikutnya didapati minyak hitamnya berkurangan. Pemerhatian saya mendapati kebasahan minyak hitam pada gearbox housing tetapi tidak ketahap meleleh.Adakah kebocoran ini berpunca dari flywheel oil seal dan adakah perkara ini perkara biasa bagi keluaran P2.

sord87 said...

saudara kancil 850/2002,

Terdapat beberapa sebab minyak hitam akan berkurangan

1)Takung yang bocor
2)Gasket takung minyak hitam yang telah keras
3)Skru takung yang longgar
4)oil filter yang tidak dikunci ketat
5)oil filter yang tidak ditukar
6)minyak hitam yang tidak ditukar
7)skru penutup silinder head yang telah keras
8)Getah penutup silinder head yang telah keras
9)oil seal distributor yang telah keras
10)enjin yang perlukan top overhaul

kereta kancil biasanya bila minyak hitam kurang cuba periksa dahulu pada penutup atas silinder dan juga seal pada distributor yang selalu melelehkan minyak hitam keatas gearbox.

Seal flywheel hanya akan melelehkam minyak gear jika ianya bocor.

Anonymous said...

salam... saya ada sedikit mslh dgn kereta kancil 850.
1) enjin berbunyi agak kasar
2) ketika memandu, kereta itu sedikit bergegar
ape yg menyebabkan jd begitu ek?

sord87 said...

saudara kancil 850,

enjin kasar jika
1)minyak hitam kotor
2)distributor hampir rosak
3)plug kotor

kereta gegar
1)tayar dah makan sebelah
2)drive shaft gearbox dalam roisak
3)tak semua kabel plug berfungsi sepenuhnya

Anonymous said...

salam bro sord87,
saya guna kereta Hyundai Matrix 1.6. maslh sy sekarang, bile tekan minyak kereta akan terasa tersenggut-senggut. terutama bila memotong & jalan berbukit sedikit..bole bro sord87 berikan sedikit pendapat, kenapa jadi mcm tu?

Anonymous said...

Salam bro sord87,
saya nak tanya, kereta saya hyundai matrix 1.6 tu selalu kalau check minyak hitam mesti berkurangan. tapi berkurangan x la mendadak,2-3 bulan baru kurang. jadi sy kene top up minyak hitam keta sy tu. dari pemerhatian sy, tiada leaking pd enjin..kenapa ye bro??

sord87 said...

saudara hyundai matrix 1.6

Minyak hitam akan berkurangan atas dua sebab sahaja:-

1)Bocor sekitar silinder head,head cover,oil filter,tangki minyak hitam ,penutup minyak hitam dan oil seal timing belt.Periksa semua bahagian tersebut jika tiada kebocoran bermakna semua komponen adalah berkeadaan baik.
2)Makan minyak hitam adalah sebab kedua minyak hitam akan berkurangan.Jika ini terjadi kereta saudara perlukan top overhaul.Ini adalah kerana minyak hitam tersebut akan menjadi keras dan melekat pada dinding silinder .Rujik post saya berkenaan top overhaul.

sord87 said...

saudara hyundai matrix 1.6

Enjin yang tersengut-senggut sebab menghadapi masalah pada sistem minyak dan api.Jika berada pada jalan berbukit kemungkinan yang paling ketara adalah keranan filter minyak yang kotor dan fuel pump yang hampir rosak serta petrol yang kurang.
Jika saudara alaminya pada jalan rata ada kemungkinan distributor saudara telah rosak ,ini dapat dipastikan dengan menukar plug dan kabel plug yang baru,jika terjadi lagi bermakna distributor saudara hampir rosak.

1)minyak kotor-tukar filter minyak

Anonymous said...

terima kasih bro sord87 kerana jawab soalan sy tu. ok bro sy akan check semua tu..
hyundai matrix 1.6

Anonymous said...

Salam en.sord87,
1)Saya memandu Kancil 850(98), semasa memulakan perjalan ok, selalu jerking apabila hendak memulakan kembali perjalanan, cth apabila berhenti di lampu trafik, tiada masalah jika kereta berjalan terus atau menaiki bukit, ekzos juga mengeluarkan asap putih.
2)Fuel filter & spark plug dah ganti jerking masih berlaku. Apa perlu saya buat antara top overhaul, throttle body atau carb mounting?

sord87 said...

saudara kancil 850

Jika masih terjadi begitu ada kemungkinan saudara perlu dapatkan kit untuk throttle body dan dapatkan mekanik untuk tukar gear plastik didalam throttle body yang telah patah.asap putih yang terlampau menandakan perlu top overhaul,jika asap putih sekali sekala,pastikan dahulu komponen disebutkan tadi ditukar.

m.faudzi said...

pada pendapat saya,jika flywheel oil seal dah rosak atau keras,minyak yang keluar meleleh adalah minyak enjin bukannya minyak gear.Biasanya pada ekzos di tengah gearbox akan ada kesan minyak terbakar.

sord87 said...

saudara m,faudzi dan pengunjung

Sebagai pengetahuan untuk semua flywheel adalah shaft tengah gearbox yang memegang clutch plate dan disk dan seal tersebut digunakan untuk menahan minyk gear dari memasuki ruang clutch plate dan disk cover.jika terdapat kebocoran dari sekeliling kotak gear ini bermaksud ianya adalah minyak gear.Minyak gear pula adalah licin berwarna kuning kekuningan dan tiada langsung rasa kesat bila disentuh berbanding minyak enjin dan jika terbakar pada ekzos berbau sangat menusuk berbanding minyak enjin yang senang terbakar serta mengeluarkan asap dan meninggalkan kesan pada ekzos.Harap maklum.

ajid said...

minyak hitam kereta kancil 850 saya pernah kering dan menyebabkan ada satu bunyi yang kuat pada enjin semasa saya menekan minyak.apakah kerosakan tersebut dan apakah barang yang perlu digantikan?.. menurut mekanik bengkel,bearing dan cam sudah rosak.betul ke?

sord87 said...

saudara ajid,

ada lebih baik saudara buat overhaul dan dari situ dapat diperhatikan dan barangan yang haus dan rosak.Yang pastinya semua bering cam shaft dan crank shaft telah calar dan meninggalkan bunyi yang kuat pada kereta saudara.

Anonymous said...

kelisaAuto
Assalamualaikum,saya nak tanya,saya pakai kereta kelisa auto,masalah=kereta kadang2 tersenggut2(bila naik bukit,traffic light) kadang2 pada jalan biasa,rata,kelajuan 40-50km/h..
lampu enjin juga menyala pada masa tersenggut2 tu(lampu dia kelip2 ikut sama mcm irama plak ngan senggut2 tu..
ade cadangan tak apa yg patut dibuat?
TERIMA KASIH!

mysap86 said...

saya ada kancil 660..msalahhyer keta saya penah semput2 sbelum ni..saya dah tukar spark plug and then ok buat beberapa hari. then hari ni dah makin teruk...enjin tak stabil, bila tekan minyak, mcm minyak tu tak naik and semput2..macam meletup-letup pon ada. ada kawan suggest supaya overhaul...so please bg cadangan dl apa masalah enjin saya ni...

sord87 said...

saudara kelisa auto.

jika timing enjin terlalu rendah lampu akan menyala seketika kerana enjin seakan nak mati,masalah berpunca dari karbon yang terlalu banyak dalam enjin,tukar plug dan air filter serta fuel filter dan kabel plug.Pastikan juga mekanik menyelaraskan distributor supaya timing enjin lebih stabil.

sord87 said...

saudara mysap86,

kancil 660 saudara perlukan contact point yang baru dan pastikan contact point saudara dipasang betul,pergi kekedai yang berpengalaman.Sila lihat video pasang contact point oleh sord87 di youtube

Anonymous said...

kelisaAuto

Terima kasih sord87..saya dah bertanyakan kpda mekanik kedai,dia ckap kereta kelisa takde distributor,fuel filter dan ignition coil..saya dah pun tukar spark plug,bersihkan air filter dan periksa cable plug.pastu saya test angkat dan letak cable pada plug semasa enjin tgh run (satu persatu) utk pastikan cable plug dan spark plug ok dan mekanik pun buat sekali lagi dan dia ckap ok..utk pengetahuan,sebelum jadi enjin senggut2 tu,saya tekan myk ok,tapi bila angkat kaki utk bagi (enjin release ram balik,bagi kereta slow sikit sbab mcm lalu kat selekoh,traffic light) masa tu enjin dia mcm nak mati,xtahula nak ckap myk tak smpai ke ape,bila da camtu saye tekan la myk lagi kuat(dgn harapan myk sampai,tapi takut myk overflow pulak) tapi dia makin tersedak2,tersenggut2,engine jerking..engine check light nyala masa jerking tu kelip2 satu saat per satu saat ikut senggut2 tu..
1)boleh jadi ke masalah speedbox?-(gearbox)..
2)mekanik kedai suspek fuel pump gagal berfungsi,pressure tak cukup-fuel pump rosak check engine light boleh menyala ke?
3)macam mana nak kesan@adjust enjin auto ni timing rendah,tinggi atau stabil?
4)berkenaan karbon,3bulan lalu saya baru bersihkan throttle body dgn engine conditioner yg kena spray kat throttle tu..
http://media.photobucket.com/image/engine%20conditioner/DetomasoCharade/DSC03359.jpg
tu boleh tolong bersihkan karbon dalam enjin tak?
terima kasih!

sord87 said...

saudara kelisa auto

1)menggunakan airconditioner boleh membersihkan carbon pada fuel injection dan throttle body kira2 50 peratus sahaja berbanding membuka keseluruhan injector dan throttle body.
2)throttle body boleh jadi masalah juga jika terdapat gerigi yang rosak untuk pengawalan timing enjin.
3)gearbox tidak mungkin menjadi masalah kerana tersenggut hanya jadi bila minyak dan api yang tidak sekata.
4)Fuel pump seperti kata mekanik anda juga memungkinkan timing enjin tidak dapat dikawal seperkara lagi lampu pada panel hidup sebenarnya adalah enjin anda telah mati masa berjalan kerana idling yang terlalu rendah,saudara boleh lihat pada meter RPM ,perhatikan RPM bila lampu semua berkelip jika RPM jatuh mendadak bermakna enjin sebenarnya telah hampir mati.
5)enjin stabil ialah RPM pada 900-1000 jika bawah dari itu idling adalah kurang stabil.
6)Mekanik juga boleh membuang karbon atau angin kotor dengan menutup injector dengan tangan dan lepaskan sekali sekali ketika enjin hidup dan tinggikan minyak (ram )seperti membuang angin kotor dari karburator.
6)Pastikan semua hose kecil vakum tidak bocor.

SHAFIDA said...

Salam tuan, saya baru shj membeli sebuah kereta kancil 850 tahun 2003, masalah skrg pedal clutch terlalu berat utk ditekan. Sy dah pergi tanya pomen katanya kena tukar cluth baru dan kos semuanya hampir RM700.... betul ke tuan cluth tu yg bermasalah dan munasabah ke dengan harga yang di sebut tadi.

sord87 said...

saudari shafida,

Saudari boleh cuba tukar kabel klac dahulu jika masih berat dan susah ditekan juga ,mungkin saudari tiada pilihan selain menukar klac plate,kebiasaannya klac set kancil berharga rm350 dan upah pemasangan berubah-ubah bergantung kepada kedai yang memasangnya.

Anonymous said...

kelisa 1.0A saya alami masalah senguk2 masa nak start gerak...lepas jalan......takde terasa sengukkan itu. saya ada mintak mekanik belakang rumah utk bersih kan throttle body dan check plug..masih sama je...plug baru guna 5k km.
ada ape petunjuk utk saya check kelisa saya?

sord87 said...

saudara kelisa 1.0

Tersenggut adalah kerana karbon atau kekotoran yang banyak melekat di komponen seperti injektor,plug,air filter dan karburator dan juga ada melibatkan sedikit dari sistem minyak seperti fuel filter yang kotor dan fuel pump yang hampir rosak.

saudara cuba tukarkan fuel filter dan perhatikan hasilnya.

farah said...

salam...saya menggunakan kancil 850(m) tahun 2003.maslahnya kereta kancil sy kadang-kadang enjin langsung x boleh hidup..sy kena cuba byk kali dan amik masa dlm 20-30 minit baru enjin akan hidup semula..sy dah hantar ke kedai..sy dah tukar bateri, starter, pasang erth body..mslhnyer tetap sama jugk berlaku..mcm mana yea??

sord87 said...

saudari farah,

Ada 2 punca utama sistem yang menghidupkan enjin iaitu,

1.sistem api
2.sistem minyak

Seperti yang saudari katakan,bateri,starter dan wiring telah dibaiki.
Kancil 850 menggunakan distributor elektronik.Kebisaannya hanya minyak sahaja yang tidak sampai untuk pembakaran akan menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan dengan baik.

Saya sarankan saudari servis karburator,tukar fuel pump untuk memudahkan ia dihidupkan.

Anonymous said...

Salam bro..toyota seg aku ada masalah enjin tersenggut2..masalahnye tiap kali tukar gear mesti tsenggut2..boleh bg tip mcm nk tau samada cable,plug@distributer yg rosak..tqvm..

sord87 said...

saudara toyota seg,

Biasanya bila masuk gear kereta akan tersenggut2 adalah kerana RPM atau timing yang terlalu rendah atau tinggi,jika terlalu rendah RPm akan menyebabkan kereta terus mati bila masuk gear,tapi jika terlalu tinggi akan menyebabkan kereta tersenggut2 bila masuk gear.

Masalah saudara mungkin boleh diselesaikan dengan adjust timing,tukar plug dan kabel plug serta adjust distributor kepada rpm 900-1000.

Mohd Shafiq izwan said...

salam EN sy ada masalah dgn kancil 850 manual.. itu hari sy naik ke genting sy lupa isi minyak hitam... kereta tiada masalah sehingga ke puncak dan mencari parking kereta jerking macam semput dan padam sendiri.. sy ke stesen minyak berdekatan isi semula minyak hitam dan biarkan selama 4 jam.. sy start enjin semula dan bertolak balik mula2 ada masalah 2 kali jerking dan enjin mati sendiri.. lepas tu kereta tiada masalah sehingga balik kerumah... masalah semput@jerking ni kerap terjadi sebelum ni masa naik ke bukit semput dan kemudian mati dan masa nak hidupkan semula pedal minyak kena tekan abis sehingga enjin mengaum dan keluar asap itam .. lepas tu jalan kembali seperti normal... apa masalah yg sy sedang hadapi dan apa cara penyelesaian nya?? apa perlu sy repair dan tukar pada enjin kereta sy ini??? thx in advance

sord87 said...

saudara mohd shafiq izwan,

masalah kancil yang semput dengan asap hitam biasanya terjadi kerana:-

1)Plug yang kotor
2)fuel filter lama tak tukar
3)air filter yang kotor
4)timing distributor tidak tepat
5)Karburator kotor

Apa yang saudara perlu tukar adalah spark plug,air filter,fuel filter dan adjist timing distributor.Ada juga baiknya jika karburator dapat diservis.

Anonymous said...

Salam tuan, saya nk tanye..kalau adjust api(distributer) bg advance(nak pickup) adakah penggunaan bahan api akan meningkat? Lagi 1 soalan, kenapa kete saya pagi2 idle rpm bawah 1k..adakah masalah auto choke?

sord87 said...

saudara distributor auto choke,

Advance atau upgrade distrbutor memang akan meningkatkan penggunaan minyak,kerana api yang agak cepat dan kuat,juga akan mempercepatkan pembakaran dan menukar plug lebih kerap.Jika advance distributor juga gunakan plug yang lebih advance juga.

Rpm rendah pastikan plug tidak kotor dan semua hose vakum kecil pada distributor dan manifold berada dalam keadaan baik ,tidak bocor atau koyak,tiada bunyi tappet yang ketara dan idling yang stabil

Anonymous said...

Terima kasih diatas jawapan dan nasihat tuan-saudara distributer auto choke

cik penguin said...

salam..saya ingin bertanya kenapa kancil saya (660,'00) semakin kuat mentekedarah minyak selepas saya melakukan penukaran spark plug. adakah spark plug murah mempengaruhi kadar penggunaan minyak sesebuah kenderaan?
untuk makluman tuan, saya menukar spark plug kerana kereta saya tersengguk2 bila dalam keadaan mendaki.

sord87 said...

cik penguin,

Plug yang lebih mahal lagi mentekedarah minyak,semua kereta akan makan miyak petrol sedikit demi sedikit,tetapi kadangkala kesan itu terjadi terlalu ketara.

Saya rasa cik penguin dah baca tulisan saya,sila tukar fuel filter jika kancil cik susah naik bukit dan unuk membantu cik penguin untuk mengurangkan kesan minyak yang kuat ,tukar contact point kancil 660 cik.

Sya said...

Saya mengalami masalah kereta tersengguk apabila kereta start bergerak walaupun enjin telah dipanaskan selama 5 minit dan meter rpm seperti turun naik tidak tentu hala dan enjin saya berbunyi seperti tersumbat macam orang selesema. Selepas beregerak selama 10 minit baru kereta bergerak macam biasa dan stabil.

Saya baru menukar spark plug dan adjust timing atas nasihat mekanik tapi hanya bertahan selama 4 hari. Sekarang kereta saya tidak dapat dihidupkan pulak.

Saya ada perasan apabila kereta dihidupkan waktu pagi, ada air dan sedikit asap putih keluar dr ekzos. Adakah enjin saya ada masalah??

sord87 said...

saudari sya

kereta apa?Saya mengandaikan kereta saudari perlukan servis karburator ,tukar fuel filter serta air filter.

Anonymous said...

Salam sord87

Sy guna kelisa auto. Mslh sy, rpm keta bawah 900. <> dlm 800 je. Cam ne nk tinggi kan timing keta sy. Sbb klau jln jem kekadang keta sy mati tetiba dgn aircond on. Bile start lik boleh plak tp rpm masih bawah 900 la. Ni buat keta nk mati je bile jln jem atau traffic light.adakah ni pasal valve, fuel pump fuel filtet atau altenator? Cm ne nk tgikan timing keta kelisa auto?

Lg satu bile tgh jem, aircond on then tekan brek rpm akan drop smpi bawah 800 utk 2 saat then naik lik ke rpm 800. Apa sbb nya jadi cam tu? Sbb bateri nk anis ke?

Harap dapat membantu
Tq

sord87 said...

saudara kelisa auto rpm 800

Turunnya rpm adalah kerana ketidakseimbangan minyak dan api yang sesuai untuk pembakaran.Ini terjadi kerana banyak karbon terkumpul dalam ruang air filter pada kelisa tersebut.

Tukar plug,air filter dan throttle body.

Pada kelisa juga terdapat satu hose yang bersambung ke head silinder,keluarkan injap vakum dalam hose tersebut dan gantikan dgn yang baru.

Jika anda pakai filter besar cuba gunakan air filter sport dan begitu juga sebaliknya.

Anonymous said...

Salam,
Kereta ae101 sye mengalami masalah gear..kalau bukak air cond gear 1 smpai 5 susah@xboleh masuk langsung..rpm bwh 1000.tp kalau tutup air cond gear boleh masuk..boleh saudara bagi pandangan x?tqvm

sord87 said...

saudara ae101

Rpm yang rendah memang susah nak masukan gear.Saudara perlu tinggikan rpm supaya enjin rpm berada kira2 rpm 900-1000.Tukar FICD kereta saudara dan pastikan minyak gear cukup untuk kelancaran kawalan gear.

son said...

helo cikgu.. kalau kelisa manual kuat makan minyak apa masalah dia cikgu.. tq..

son said...

helo cikgu.. kalau kelisa manual kuat makan minyak, apa masalah dia cikgu.. apa patut saya check..
tq..

sord87 said...

anak murid son,

Kereta makin lama ia akan jadi kuat makan minyak kerana keadaan sistem sejuk yang semakin kurang.

1)Flush radiator atau cuci dgn chemical di kedai radiator servis

2)Tukar air filter dan bersihkan hose besar(putih) pada injection.Gunakan carb cleaner,Tapi sekarang ada penggunaan DJSMP untuk bersihkan karbon dlm enjin,cuba gunakan.

3)tukar fuel filter

4)Tukar spark plug lepas cuci hose no 2.

5)Ketatkan semua belting lebih2 lagi belting water pump.

6)Gunakan sedikit coolant dalam radiator dan tukar thermostat.

jijie said...

salam... saya menggunakan kancil 660(m), masalahnya kereta saya sering berhenjut-henjut ketika berjalan, padahal saya dah tukar plug, air filter, oil filter, contact point dan fuel pump, tapi kereta saya masih lagi berhenjut-henjut ketika berjalan dan lebih teruk lagi enjin pandai mati..
satu lagi kalau start enjin rpm saya terus ke angka 2000, adakah ini juga bermasalah?

sord87 said...

saudara jijie,

Ini adalah kesilapan dalam menyelaraskan contact point,jumpa mekanik untuk selaraskannya dengan betul dan tepat seta kelegaan yang sempurna.Ini biasa terjadi.

http://kerosakankereta.blogspot.com/2012/01/kerosakan-kereta-tukar-contact-point.html

Aleesya said...

saudara sord87, saya mempunyai masalah dengan kereta kancil saya, yang mana oil filternya cepat kotor padahal baru 2 minggu saya menukarnya, menurut seorang rakan, ianya berpunca dari tangki minyak petrol yang kotor dan ia perlu di servis agar tangki minyak tidak kotor, adakah ia benar, dan berapakah anggaran kos servis tangki minyak petrol tersebut?

Anonymous said...

Salam,wira 4g15 sy pg2 start enjin idle rpm bwh 1000. Kebiasaannye idle rpm atas 1k. Apakah ianye berpunca drpd injection@auto choke?tqvm

sord87 said...

saudara wira autochoke,

periksa sekitar distributor,lihat samada hose2 kecil bersambung atau tanggal atau bocor.

sord87 said...

saudari Aleesya

Servis tangki petrol menelan kos kira2 rm200 sahaja.

Anonymous said...

salam saudara sord87,

saya ada masalah disini. kereta kelisa auto saya:-
i) terlalu makan minyak. kereta baru 2 bulan sahaja diservis. tapi kebelakangan ini penggunaan minyak sangat kuat.
ii) kalau kereta tak start dalam masa sehari. kereta memang takkan boleh start melainlan jumpstart. radio pun akan turut tak fungsi.

sord87 said...

saudara kelisa auto makan minyak.

Mengenai penggunaan petrol yang sangat banyak biasanya perlu menukarkan :-

1)air filter
2)plug
3)fuel filter
4)membersihkan komponen injection yang diselaputi terlalu banyak karbon.Bersihkan hose dan ruang sedutan injector.semburkan carb cleaner untuk bersihkan karbon.

Mengenai kereta mesti dihidupkan walaupun sehari,saudara perlu periksa bateri dan alternator,cabutkan salah satu kabel bateri,jika enjin masih hidup tiada masalah alternator ianya adalah masalah bateri yang tidak berdaya mengecas semula.

demoneydaily said...

saya juga punya masalah kanci, mula-mula sukar hidup pagi, time tengahhari senang hidup, saya da tukar battry baru dengan altenater baru, the sekarang lansung x dapat hidup, hanya bunyi starter ja, tapi enjin tidak berubah bunyi (mcm minyak tidak naik)
tlng la

demoneydaily said...

saya ada masalah kancil 660, mula2 kacil susah nak start time pagi, tengah hari ok, sampai battry saya kong, then da ganti battry sekarang langsung tak boleh star mcm tak naik minyak, so mcm nak hantar bengkal, boleh tolng suggest apa2 jalan nak hidupkan

son said...

helo cikgu..carb cleaner dan DJSMP ni sama dengan dcarbo ke cikgu.. apa perbezaan antara 3 ni cikgu..
dan saya nak tukar minyak hitam. minyak hitam apa yang sesuai untuk waja dan kelisa saya cikgu..
tq..

sord87 said...

anak murid son,

DJSMP berbeza dengan carb cleaner dan decarbo,

DJSMP lebih menumpukan kepada minyak enjin supaya ia tidak perlu ditukar dalam 100000 km.

carb cleaner adalah untuk tujuan pembersihan sahaja cara menyembur,boleh digunakan untuk carburator dan injection.

decarbo adalah membersihkan carbon terutamanya pada atas piston tanpa melakukan top overhaul dan banyak decarbo sekarang terbukti berkesan untuk pembersihan carbon untuk 10000 km.Jenama Professor adalah buatan Malaysia.

sord87 said...

saudara demoneydaily,

Jika ada sedikit hendak hidup,bermakna kancil 660 saudara perlu tukar fuel pump dan jika tiada langsung tindakan maka ia masalah contact point.

ZeerDa Online Shopping said...

salam sifu..

sy guna kancil ex850 tahun 2006.
masalah sekarang hos petrol tu bocor..

so baru saya faham kenapa minyak keta saya cpt sgt turun.. dah dlm 1 tahun mcm tu keadaannya

dan ptg td sy pegi tukar hos tu.. satu set dia dtg dgn hos yg besar sekali rm80 pomen tu ckp.. katanya lah kan taktaulah den kena kencing ke apa..

tapi lepas tukar.. kadar penurunan minyak masih juga sama. apa masalah dia klu cenggini ya tuan?

body keta enjin semua standard cuma tambah skirting dpn blkg tepi.. dan jugak sport rim 14"..

saya hairan betul.. minyak turun mcm air

kancil_pening said...

salam tuan..

sy pengguna kancil ex850 tahun 2006.

ptg td saya baru tukar hos petrol ke tangki tu sbb dah bocor..

so baru saya fhm kenapa selama ni minyak turun kuat sgt mcm air. jadi saya assume lepas tukar hos tu (atas cadangan pomen) masalah tu akan selesai..

tapi lepas tukar hos (kena ngap rm80) masalah sy masih sama..

boleh kata jalan dekat pun minyak turun bukan main laju.. boleh kata dlm tiap hari lampu reserve tank akan menyala..

jadi apa punca sebenar mslh kereta saya tuan?
kancil saya luar dalam standard cuma tambahan skirting kiri kanan dpn blkg dan sport rim 14"..

tolong bantu tuan..

sord87 said...

saudara kancil_pening

Karbon yang banyak dalam enjin akan menyebabkan petrol mengalir laju ke karburator atau injektor.Apa yang boleh dilakukan adalah membersihkan karbon yang terkumpul dalam enjin.Dari segi teknikal top overhaul adalah jalan penyelesaian akantetapi kaedah seperti menukar air filter,servis karburator,servis injektor atau tukar injektor amat membantu.
Berat juga menyebabkan petrol kuat ,periksa roda dan pastikan keempat2nya berpusing dengan mudah dan tiada tersangkut seperti brek yang haus ataupun bering yang ketat.
Kaefdah menggunakan decarbonizer juga banyak membantu dalam membersihkan karbon dalam enjin.

Cikgu Kancil said...

Saya baru major overhaul kancil yang menggunakan enjin mira 660 12valve. Masalah skrg apabila dipandu enjin seperti tiada pickup dan tak nak pergi..plug dh tkr yg mana plug pki yg kepala 2 tu..satu set dlm RM100++.
Apa masalahnye, betulkah fuel pump seperti dikatakan dlm entri ini.

sord87 said...

saudara kancil cikgu,

RPM yang rendah akan mengurangkan pickup,tuning kereta saudara kepada ketepatan minyak dan api yang selaras.

Pusingkan sedikit distributor supaya api lebih baik dan pastikan clutch plate saudara masih elok.

Kancil Cikgu said...

Terima kasih sord87,

utk pengetahuan Clutch plate sudah ditukar baru, takpe saya akan cuba cadangan Tuan.

Terima kasih utk tips tersebut. Kalau ada apa2 masalah saya kemukakan kemudian.

ARTISTIC said...

Salam....
Kancil saya selalu temprature lebih dari 50%..
dah dekat 2 bulan mcm ni, kadang2 boleh mencecah 100%. tapi kejap jer lepas tu turun balik 50%.. Saya dah agak ini mesti tak lama lg duit keluar pasal radiator ni.. Ternyata betul, semalam enjin overheat mesin mati..
Kena tow ke bengkel india.
Bengkel sugest kena tukar radiator double layer :rm 160 second hand punya.
Lepastu tukar distributor 2nd :rm 120.
Yg saya tanyakan apakah harga ini tak terlalu mahal?
Berapa kitaran harga barang tu?..

ARTISTIC said...

Salam....
Kancil saya selalu temprature lebih dari 50%..
dah dekat 2 bulan mcm ni, kadang2 boleh mencecah 100%. tapi kejap jer lepas tu turun balik 50%.. Saya dah agak ini mesti tak lama lg duit keluar pasal radiator ni.. Ternyata betul, semalam enjin overheat mesin mati..
Kena tow ke bengkel india.
Bengkel sugest kena tukar radiator double layer :rm 160 second hand punya.
Lepastu tukar distributor 2nd :rm 120.
Yg saya tanyakan apakah harga ini tak terlalu mahal?
Berapa kitaran harga barang tu?..

sord87 said...

saudara ARTISTIC,

Harga distributor dan radiator kancil masa ini agak sedikit mahal kerana alatganti yang susah didapati.Semakin kurang pengeluaran kereta tersebut harga semakin mahal sedikit demi sedikit.

Yanty said...

Nk tnye kenape enjin myvi kdg2 mcm susah nk start. Ape punca utama utk masalah mcm nie.... Tq

sord87 said...

saudari yanty,

pastikan air filter dan plug telah ditukar dan tukar juga coil berwarna hitam dalam enjin yang dihubungkan ke kabel plug

morizna said...

Assalamualaikum WBT
Kancil 660cc ada masalah pagi2 susah nak hidup. Perlu tekan pedal minyak sambil start. Pastu pulak.. auto choke x nak berfungsi. Enjin jadik bergegar sebelum nak panas. Ada Mekanik dah betulkan. Dalam 2 minggu auto choke berfungsi dengan baik... Tup2 hari ni dia buat hal lagi. Apa pandangan tuan??? Perlu servis keseluruhan karburetor ke?? Soalan cepu emas.... kat mana auto choke tu??? Hehehe

morizna said...

Assalamualaikum WBT
Kancil 660cc manual ada masalah nak start pagi2. Kena tekan pedal minyak sambil start. RPM sangat rendah kerana auto choke tak berfungsi. Mekanik kat rumah dah adjust dan auto choke berfungsi dalam 2 minggu jer. Hari ni dia buat hal pulak. Perlu servis keseluruhan karburetor ker? Apa pandangan tuan??

sord87 said...

saudari morizna kancil 660

betul tu kena servis karburator dan tukart contact point,insyallah sembuh penyakit senggugut kancil cik morizna.

Yang bulat kat tepi spring besor tu auto choke le,alat tu guna vakum untuk menekan minyak sebelum hidup.

morizna said...

Terima kasih atas pandangan tuan. Saya akan laksanakan dengan memaklumkan pada foreman sebijik macam tuan cakap. hehehe
Ada satu lagi.... bukan masalah sangat... cuma ada satu bunyi bila saya ramp enjin... bunyi macam siul. Kalu pernah tengok drama Knight Rider... macam tulah RPM tinggi time nak change gear. Harap bukan masalah besar. Baru servis tukar minyak hitam tapi masih bunyi jugak. Terima kasih

sord87 said...

saudari morizna ,

bunyi siul ni kadangkala terjadi bila ada terdapat ruang kosong untuk angin bersembunyi,beritahu mekanik untuk periksa semua belting termasuk aircond dan alternator.Belting yang terlalu lama dan keras akan menghasilkan bunyi burung sekali sekala kuat.

Anonymous said...

Salam...

sy mmg tak tau sgt pasal enjin kereta...huhuhu... sy pakai kereta kelisa 1.0 manual tahun 2006. selama ni dia tak penah buat hal, baik je. tapi sejak awal tahun ni sy bawak rasa lain.. bile tekan pedal minyak nak laju sikit kurang pick up mcm biase..bile drive kat jalan bebukit slow je,tekan minyak banyak sikit,kuat pulak bunyi enjin... takut sy... sy ade tanye 2-3 bengkel, semua mekanik cakap masalah clutch dah haus,sb kete sy dah 6 thn pakai.. nak tuka bajet dalam RM700-1,000++... jd sy nak tanye pendapat, betul ke masalah kereta sy tu seperti yg mekanik2 tu cakap..? lagi satu kadang2 kalo saya tak bukak radio, sy ade dengar bunyi sayup2 mcm bunyi tayar begesel dekat simen tapi sy tak lalu kat simen pun mase tu...pelik jugak...harap sudi membantu...terima kasih...

sord87 said...

saudara kelis 1.0 2006 kurang pick up,

Benar apa yang diberitahu oleh mekanik,kereta saudara perlu tukar clutch plate dan bunyi yang sedikit bergesel itu adalah clutch plate yang telah terkoyak sedikit demi sedikit.

son said...

helo cikgu slamat berpuasa.. nak sikit.. kelisa ade pakai fuel filter k cikgu.. sbb aku tengok mcm2x takde..

sord87 said...

anak murid son,

semua kereta akan menggunakan fuel filter sebagai penapis minyak petrol atau disel,cuma kadangkala ada yang plastik(fibre),ada yang aloi ,ada yang dimasukan kedalam getah salur minyak dan ada yang kat luar,ada yang kat tangki kereta,dalam tangki dan juga dihujung fuel injecgtor.Periksa betul2.

zainal said...

Salam, bro... sya pkai kncil 850... plate WJL, around taun 2003 agkny... sya pernah alami mslh radiator smpi stu thp, pernah enjin mati tgh jln... tp skrg mslh tu dh setel... cume, skrg kdg2 jln dkat2 pn ad bau hangit dr enjin... sya tny kt bengkel, die sruh wt top katenye gasket dh terbakar... btul ke? thanks...

sord87 said...

saudara zainal,

Salah satu sebab top overhaul dilakukan adalah kerana enjin panas,jika temperature tidak menunjukan sebarang tanda panas enjin,amat jarang top overhaul dilakukan kecualilah jika ingin meningkatkan prestasi enjin dan minyak hitam yang naik sehingga atas air filter.Selain dari itu,

Enjin akan sentiasa berbau jika ada kebocoran minyak hitam dimana2 lebih2 lagi jika menitik sekeliling ruang ekzos.

2.Enjin akan berbau hangit juga jika karburator yang kotor juga

3.Terdapat komponen yang dibasahi minyak petrol juga akan menyebabkan enjin hangit

Periksa yang diatas,pastikan ia tidak berlaku demikian.

Anonymous said...

salam.. saya pkai kancil 850 auto.. knape yer, ble nak start jd agak sukar untuk dihidupkan.. kne try sampai 3 4 kali bru bley idup.. bateri semua ok.. jd cam smput sket..
satu lg, bler dah start, gegar agk kuat.. ble jln ok je..

sord87 said...

saudara kancil 850 auto

Periksa semua kabel plug adakah semuanya berfungsi,jika ok ini bermakna ada masalah pada distributor dan coil.

Anonymous said...

kncil auto 850

plug bru je cek n tkar aritu.. takde effect pun..

sord87 said...

saudara kancil auto 850,

Servis karburator dan tukar distributor dan coil.

brader yon said...

salam,
rpm kancil 850 saya kadang2 jadi tidak stabil contohnya semasa ditrafik light atau semasa berhenti sebelum off suis, rpm akan mengerang sehingga 3k sebelum normal balik. pomen cakap auto choke rosak. bolehka ditukar auto choke sahaja atau perlu sebiji karb? berapakah kos sebiji karb? koyak la poket dah la nak raya.... tq.

sord87 said...

saudara brader yon,

Perhatikan semua hose kecil berwarna hitam ke karburator dan distributor,jika hose itu dah teramat keras atau bocor gantikan dengan yang lain,kosnya lebih murah dari tukar sebiji karburator yang kosnya sekitar rm500

MOhd HaSIf said...

Asalamualaikum WBT

nk tanya,minyak hitam apakah yg trbaek utk kacnil ex850??
sesetengah pihak ckp kene gna minyak gred SAE 10W-30 krana gred SAE adalah yg terbaik utk kancil..benarkah?

sord87 said...

saudara Mohd Hasif,

Walaikumsalam WBT,grade SAE 10/30 adalah yang paling sesuai untuk Kancil dan memang diperbat untuk kegunaan 3 liter dan biasa digunakan untuk kegunaan kereta kapasiti sedemikian.

loan4blacklist said...

Salam. Kancil wly disini.saya guna Kancil 660 2004.xpernah Rosak enjin.tiba satu Malam macam semput kejap.lepas tu elok balik macam biasa.esok harinya,tiba2tengah Jalan semput terus mati.disangkakan batteri kong,tukar batteri baru.start enjin Ada bunyi,tapi tak hidup.try banyak Kali pun sama.bile start Ada bunyi tp enjin xhidup.agaknya masalah ape ye?harap dapat Bantu segera sbb kereta tengah tersadai tepi Jalan.huhu.tq

sord87 said...

saudara loan4blacklist,

Fuel pump rosak,minyak tak naik ke enjin,dapatkan fuel pump lain.

loan4blacklist said...

Fuel pump for Kancil Ada yg 2ndhand ke or yg baru je.kos repair agaknya dalam berapa?

sord87 said...

saudara loan4blacklist,

Gunakan yang bau lebih baik,dapatkan di kedai alat ganti,kosnya tak melebihi rm100 untuk fuel pump dan kos keseluruhan baiki tak melebihi rm200 sahaja.

Anonymous said...

Salam,selamat hari raya bos..
Saya nk tanye..kete altis saya tersenggut2 masa kt jalan..masalah terjadi selepas 15 minit memandu..
Saya dh tukar plug..tp masih tersenggut2 jg..
Boleh bro bg pandangan..tq

sord87 said...

saudara toyota altis senggut2,

Masalah senggut2 juga boleh terjadai jika terdapat pecah api,bermaksud ada komponen yang koyak atau tidak rapat dan retak.Ia boleh diperhatikan sendiri dengan melihat percikan api terkeluar dari komponen tersebut ketika enjin hidup.


Periksa kabel plug,pastikan ia masuk betul pada tempatya dan tidak koyak.

2.Periksa distributor dan coil serta wayar berkaitan lihat samada ada percikan api atau wayar koyak

3.Jika senggut tapi tiada percikan atau wayar koyak hanya dua kemungkinan biasa terjadi samada fuel pump rosak atau distributor yang hampir rosak.

4.Penutup distributor yang pecah dan rotor distributor yang rosak juga boleh menyebabkan senggut terjadi.

Anonymous said...

Time kasih atas jawapan bos..nnt saya check..

Zul Labuan said...

Assalam tuan,saya nak tanya,saya ada kancil 660 dan apabila saya nak jalan dan tekan pedal minyak,enjin akan semput dan tak boleh nak jalan.tapi bila lepaskan pedal minyak, enjin steady balik..karburator dah servis tapi masalah tersebut masih berulang.apa masalah kancil saya ye?sebab sebelum ni kancil tu agak lama tak dihidupkan.terima kasih.

sord87 said...

saudara zul labuan

masalah ini adalah masalah contact point,tukar contact point.

ain alias said...

Salam..
saya pengguna kereta iswara a/back tahun 1996..agak lama keta ni..huhu.. pagi td sy start kereta, sy perasan enjin jd mcm tersentak2..mcm nk mati..bila masuk gear..die mula tersenguk2...lps tu keta lmbat pick up bila masuk gear...jd saya benti kan keta tepi jalan sebab risau keta tu mati di tgh jalan...masa tu sy main pedal minyak bnyk2 kali dlm keadaan enjin mati.. bila start balik, try masuk gear..semput2 tu ada sikit2 tp keta leh bergerak laju sikit dr sebelum ni...apa yer masalah keta sy ni saudara sord87?

sord87 said...

saudari ain alias,

Karburator adalah penyebab masalah ini terjadi,karburator tersebut perlu diservis dan setting semula.

arm run said...

As Salam,
Saya nak tumpang tanya.. saya baru beli kereta kancil 850 manual tapi sudah di convert auto 3speed,
1) kenapa kereta saya akan jadi kurang pickup bila petrol kurang dari setengah tank, tapi bila petrol lebih setengah tank pick up kereta pickup ok terasa ringan?
Adakah sebab fuel filter atau fuel pump? Fuel filter sudah 2 kali tukar sebab tersumbat..
2) apabila saya pandu pada kelajuan 120km/j, rpm hampir 6k..adakah ini normal pada gearbox auto 3speed atau saya perlu tukar pada gearbox auto 4speed? Dan jika perlu tukar adakah driveshaft asal boleh di pakai balik?

sord87 said...

saudara arm rum,

1.Kalau dah biasa tersumbat filter ini bermakna ada lebih baik saudara cuci tangki dan servis fuel pump,buang semua kotoran yang berada dalam hose minyak petrol.

2.Menggunakan 3 atau 4 speed RPM adalah tidak setinggi mencecah 6k Jika terlampau tinggi ada terdapat kecacatan pada gearbox.Gearbox seakan dipaks bekerja keras.Tukar kepada 4 speed adalah lebih baik ,tak perlu tukar drive shaft.

zara said...

Salam..

Saya mempunyai kelisa auto dan masalahnya ialah terdapat tanda kebocoran minyak hitam di lantai apabila di letak semalaman.. Boleh saudara bagitau apa yg patut ditukar..terima kasih

sord87 said...

saudari zara,

minyak hitam menitik biasanya dari oil filter dan gasket oil sum.Tukar gasket oil sump dan pastikan kereta saudari oil filter ditukar juga.

Saharuddin Julaihi said...

saya menggunakan kancil 660 manual. masalahnya ialah enjin tak dapat start langsung. bateri, kabel plug & spark plug masih baru. langsung takda keluarkan bunyi. adakah masalah pada starter atau alternator atau lain2?

Saharuddin Julaihi said...

saya menggunakan kancil 660 manual. masalah saya ialah enjin tak dapat start. bateri, kabel plug & spark plug masih baru. saya cuba start tetapi gagal & tiada bunyi apa2 pun. adakah ianya berpunca dari masalah starter, alternator atau komponen lain??

sord87 said...

saudara saharuddin julaihi,

Ini adalah masalah starter yang biasa berlaku,dapatkan relay starter dan pasangkan.

Zailani ABDULLAH said...

Assalamualaikum sdr,
Kereta Kancil 850 manual tahun 2003 saya mempunyai 4 masaalah.

1) Penggunaan petrol yang kuat. Hanya dapat bawah 200km untuk full tank. Sudah 4kali tukar carb seconhand tapi masih kuat makan petrol.

2) Minyak enjin cepat hitam walaupun baru 1 minggu ditukar dan selalu berkurangan. Mekanik kata tak perlu top overhaul sebab tak ada keluar asap putih.So far tak nampak ada tanda2 bocor.

3) Bau petrol yang kuat di dalam dan diluar kereta terutama selepas mengisi minyak. Bau akan hilang selepas satu atau dua hari.

4) Apabila sudah mematikan suis enjin masih hidup dalam keadaan jerking untuk seketika.Perkara ini tidak kerap berlaku.

Harap sdr dapat membantu menyelesaikan masaalah saya. Terima kasih

sord87 said...

saudara zailani abdullah,

Keempat maslah saudara adalah berpunca dari prestasi enjin yang menurun disebabkan minyak hitam yang berkurangan dan menjadikan kereta cepat panas dan menyedut minyak dengan kerap serta mengwapkannya menjadi bau keluar dari enjin.

Top overhaul perlu dilakukan dan yang penting sekali adalah semua valve seal perlu ditukar dan pembersihan head dari semua karbon yang semestinya telah menjadi kerak dalam head.

Top overhaul adalah bertujuan mengembalikan prestasi enjin dan jika dilakukan sempurna oleh mekanik enjin saudara akan berdaya mengurangkan minyak,lebih senyap,tiada jerking dan yang penting sekali enjin tidak akan hidup setelah suis dimatikan.

Enjin hidup kerana minyak didalam kebuk pembakaran tidak dibakar habis kerana prestasi enjin yang menurun dan menyebabkan piston bergerak perlahan juga berkemungkinan atas piston dan kotak filter dipenuhi minyak hitam.

naim83 said...

saya Mohd Nazrul.... saya ingin bertanya... adakah normal kereta kancil 850 auto tahun 2006 RPMnya tinggi? start sahaja sudah 1.5 RPM..... jika bawa laju... 100 RPM mencecah 4.. kadang-kadang 4.5... saya sudah buat major servis dan menukar semua minyak..... adakah boleh direndahkan timingnya? terima kasih






Anonymous said...

salam... saya nazrul... sy ada kancil 850 auto.... adakah normal kancil rpmnya setinggi 4.. bawa tidak sampai 100.. dalam 90km/j. adalah hendak dibetulkan timingnya? berapa kosnya?

sord87 said...

saudara nazrul

timing boleh direndahkan,gunakan spanar philips untuk memusing skru laras pada injektor.Kos baiki sekitar rm100

naim83 said...

terima kasih........ satu lg... sy hendak tanya... bila dibuka air cond... ada bunyi di belting... kenapa tu? nazrul naim

sord87 said...

saudara nazrul

bunyi pada belting adalah kerana belting yang kendur atau bering adjuster yang lusuh.

Anonymous said...

Nak minta pandangan.. kancil saya guna enjin mira L2..tapi masalah nya skarang dia takde pickup..lajak boleh tahan tapi pickup lembab sangat tambah kalau bukak aircon..apa yang perlu saya buat..perlu tukar fuel filter ker?

leeV6 said...

Tuan,
berapa kos untuk overhaul kereta perdana. Ini kerana perdana v6 saya mengalami simptom2 berikut;

1. Asap putih(cantik) tapi merimaskan.
2. Bau minyak dalam kereta terutama bila pasang aircond. dah banyak pewangi letak tapi tak lawan bau minyak kereta yg kuat.
3. Minyak berwarna merah(mungkin transmision oil) menitik ke bawah lantai bila parking.

Apa rawatan dan berapa kos rawatannya tuan?

sord87 said...

saudara leev6

kos overhaul perdana sekitar rm4000.Jika masalah saudara hanya minyak gear menitis mungkin tak perlukan overhaul tapi jika asap putih banyak dan berterusan itu tanda besar piston ring telah haus dan besar kemungkinan minyak telah memasuki ruang piston dan mengeluarkan bau yang kuat dari enjin.
Overhaul adalah cara terbaik meyelesaikan masalah ini.

sord87 said...


saudara kancil mira turbo,

Ini adalah masalah throttle body,dapatkan satu throttle body yang lain untuk kembalikan rpm kepada asal dan pickup akan sendiri baik jika rpm dapat dikawal.

Anonymous said...

salam, kenapa overhaul enjin kancil 850 lebih mahal dari wira/waja/ perdana? contohnya kancil model 2004. boleh beri komponen alatganti yg perlu dlm overhaul serta harga bagi setiap alatganti?

sord87 said...

saudara kancil 2004 850

Overhaul adalah bergantung kepada barang yang ditukar jika kancil tukar piston semua kos satu piston kira2 rm20,untuk 3 piston kancil kos telah mencecah rm600 jika dicampur dengan overhaul set telah mencecah sehingga rm 800 dan jika crank shaft digosok atau ditukar mencecah rm 1100 dan campur minyak hitam,tukar timing belt harga naik sehingga rm1400.

Utk overhaul biasa 1.Overhaul set rm200
2.enjin bering rm200
3.Minyak hitam rm60
4.Piston ring rm150
5.oil filter rm10
6.crank shaft polish rm100
7.Upah turun enjin rm350

Anonymous said...

Salam.. Nak tnye.. Sy pkai kncil 850 taun 2006. Mslhnye. D sni.. Kncil sy tu kdg2 susah nk msuk gear.. Antaranya gear 1,2,3 dan kdg2 gear revers..mslh kedue..ad x mslh clutch sangkut/ lekat?

Anonymous said...

saya menggunakan kancil 660 tahun 99..distributor upgrade ke elektronik.masalah terjadi baru- baru ni apabila ignition coil rosak.selepas di tukar baru hanya bertahan seminggu.bila di periksa ada api keluar di coil tersebut pada sambungan antara coil dan kabel ke distributor..tapi bila ignition coil tu di keluarkan dari tempat asal tanpa skru kan di body tak ada lagi api yang keluar..kenapa masalah tersebut terjadi..kabel plug bocor atau masalah lain?..

sord87 said...

Kancil 850 akan jadi begini bila clutch plate yang habis menyebabkan clutch tersebut berbulu2 dan menyekat pergerakan tukar gear.

sord87 said...

saudara kancil 660 99

api keluar sebab coil yang tak elok,bila terdapat coil yang berlawan dengan negatif body akan menyebabkan api keluar dimana2,tukar coil tersebut

redszuan reds said...

Salam saudara....sy memiliki kancil belalang 850.masalah saya enjin kereta sy ergegar semasa idle.semasa di hidupkan rpm merangkak perlahan dsn stabil pada 2000 rpm.bagi saya rpm ini agak tinggi.jadi saya cuba adjust rpm turun pada 1000rpm.tetapi enjin akan bergegar.selepas itu sy naikan balik kepada 2000 rpm.barulah enjin tidak bergegar.sy telah buat major overhaul tetapi masalah ini tidak selesai.adakah idle pada 2000 rpm adalah normal.jika tidak apakah mesalahnya dan bagaimankah untuk menyelesaikanya.harap saudara dapat membantu.terima ksih.

sord87 said...

saudara redszuan reds,

Adjust distributor,longgarkan skru distributor dan pusingkan sehingga berjaya mencari idling sesuai,kalau diw/shop mereka gunakan timing light.

redszuan reds said...

Adakah rpm kancil mmg kene set 2000 rpm. Dah mcm2 pomen try tapi x berjaya juga.dh naik pening dah ni.

sord87 said...

saudara redszuan red,

standarad rpm adalah sekitar rm900-1000 untuk idling,seperti yang saya katakan saudara kena adjust distributor diwoksyop,minta mereka buat tuning sehingga rpm1000 untuk idling gunakan tuning light.

Anonymous said...

Salam bro,
Nk tanye pendapat bro..untuk kereta yg dh berusia 20 tahun cc 1.6,minyak silender SAE berapa yg terbaik?
Enjin 1.6 takde pickup kalau ON aircond..apa puncanye?
Sekian..harap dpt membantu
Terima kasih..

sord87 said...

Biasa kereta lama guna minyak duckham khas untuk kereta lama sae 15/40 .

Pickup kurang jika
1.klac plate hampir habis
2.rpm/tuning tinggi
3.karbon banyak-top overhaul boleh kurangkan karbon,guna decarbonizer.

kucing meow said...

Salam saudara sord.. Klu nak tukar fuel filter, kena kosongkan tangki minyak dlu ke?

sord87 said...

saudara kucing meow,

kalau kosongkan tangki minyak itu nak servis tangki minyak tu,tukar fuel filter tak perlu tu semua cuma cabut 2 hose minyak dan tutup guna skru atau yang seumpama dengannya,masukan yang baru.

Anonymous said...

Salam.. saya mengguna kancil auto 2001.. masalah nye apabila enjin dimatikan.. enjin & body kereta bergegar.. kenapa boleh jadui begitu..TQ

sord87 said...

enjin bergegar bila dimatikan sebab injektor terlalu kotor dan penuh karbon,servis throttle body dan ruang injection.

Anonymous said...

salam.. saya ingin mengetahui perbezaan diantara head kancil 660 dan 850..bolehkah menggunakan komponen dalaman head 660 seperti camshaft dan cam kepada 850.. terima kasih..

Anonymous said...

salam...
saya menggunakan kancil dan semua meter saya rosak. meter minyak, mileage, temperature....adakah saya patut ganti meter tersebut? saya dah bawa pegi bengkel aritu dia kata saya kena ganti yang second rm250 tak termasuk upah....saya x faham la bab2 kete ni...betul ke saya kena tukar? sya tkut kena tipu je memandangkan saya ni perempuan...huhu

sord87 said...

salam,

memang benar saudari kena ganti meter tersebut ia dah terlalu banyak digunakan dan rosak,kosnya sekitar rm1-200 ,boleh juga dibeli dikedai alatganti.

Anonymous said...

Salam..saya pakai kancil 2002 dan masalah sekarang sy dah overhaul enjin(major) kerana problem myak hitam kering..lepas beberapa bulan pakai slps overhaul,asap putih keluar di ekzos dan minyak htam bercampur air..sy hntr ke mekanik yg sama overhaul enjin sy and die ckp mgkin gasket trbakar tapi sy pelik sbb overhaul die mesti die tukar..lepas tu die ckp sy kene buat top overhaul..

First major overhaul memakan belanja sebanyak 3800 sbb mekanik kate tukar crank shaft,canshaft dan sebagainya..2nd top overhaul slps beberapa bulan major overhaul memakan belanja sbyk 950 sbb ganti gasket dan valve yg menyebabkan asap putih mekanik kata..tetapi mslh sekarang wlupun dah 2 kali overhaul, masih tak ok..sebulan lbh pakai tibe2 kereta mati masa on the road.ayah sy cek enjin die kata mekanik xpasang ketat(saya xtau ape die) dan benda tu tercabut menyebabkan enjin mati..sebelum kejadian enjin mati, beberapa minggu sebelum tu enjin semput2 bila masok gear 3&4 n bila kereta berat(ramai penumpang)..

Sekarang saya dh fedap dgn keta tu dan bengang dgn mekanik sesama melayu yg tipu melayu..asap ekzos jadi putih macam dulu..apa saya perlu buat encik?dah beribu habis dkt penipu tu

sord87 said...

Saudara perlu bawa ke mekanik lain untuk tukar piston ring,besar kemungkinan piston ring tak ditukar.

Minta maaf saya katakan ada sesetengah kedai kereta yang tidak beretika ketika menjalankan tugas sebagai mekanik.

Anonymous said...

2 hari lepas saya baru buat sistem alarm kereta..hari ke-3,nk start enjin dah tk hidup..lampu kat meter menyala,tapi enjin tak hidup..bateri baru tukar..masalah ni ada kaitan dengan sistem alarm yg baru tukar tu ke,atau secara kebetulan komponen lain yg rosak..apa perlu saya buat..terima kasih...

sord87 said...

@Anonymoussaudara perlu periksa alternator samada ia berfungsi atau tidak,gunakan bateri lain yang ada kuasa atau jumper untuk hidupkan enjin,setelah itu cabut satu kabel pada bateri jika enjin tidak mati alternator saudara tidak bermasalah.

Biasanya alternator adalah penyebab bateri jadui weak,wiring alarm tidak akan merosakan enjin cuma kesannya kuasa yang digunakan pada bateri bertambah dan menyebabkan bateri dan alternator bekerja lebih dan ia mudah rosak.

Anonymous said...

Assalam tuan minta pendapat.Sy menggunakan kancil 850 manual thn 04.Didapati minnyak enjin sy berkurang x smpai 2000km.Setelah cuci enjin atas n bawah didapati terdapat kebocoron minyak hitam dari bwh.Adakah fly wheel oil seal bocor?brpkah anggaran kosnya?selain itu trdpt gegaran pd enjin.

sord87 said...

@Anonymousminyak enjin dan minyak gear berwarna dan berbau berbeza.
Minyak hitam saudara yang berkurang dan tiada kena mengena dengan flywheel gearbox,tukar gasket oil sum,oil seal d/shaft dan oil seal distributor

Mama chubby said...

salam, nak tanya masalah kereta nih,

http://www.youtube.com/watch?v=qCG0KR-B5Gw

bahagian distributor, plug, cable dah check, bahagian fuel pump dah check juga, ada minyak sampai, carb dah cuci guna carb cleaner kat butterfly valve, bila sejuk start agak dalam 1 minit dia ok, pastu dia mati...

sord87 said...

@Mama chubbyMinta mekanik buat dibawah:-
1.Karburator perlu diservis tukar jet idling gunakan repair kit dan setting semula
2.Fuel filter harus ditukar
3.Pastikan semua hose vakum ke karburator ,pada head dan distributor tak ada yang pecah,tukar jika pecah

Mama chubby said...

@sord87 terima kasih sebab sudi reply, nak tanya lagi.
1.berapa harga repair kit carb kancil? estimate nak servis + setting balik carb kancil nih?
2. dalam tank ada satu fuel pump, satu lagi kat sebelah kiri karburetor, itu pun fuel pump jugak ke?

sord87 said...

@Mama chubbyharganya sekitar rm150.Fuel pump kancil berdekatan karburator dan dalam tank adalah fuel float sahaja

Mama chubby said...

Salam en. Sord, saya dah repair kereta saya tu, tapi skrg bila start pagi susah hidup & kena tekan minyak, bila dah hidup dia macam nak mati2 n kena tekan minyak skit, pastu enjin dalam 1000rpm je, takde melahu 2000-2500rpm...tau ke apa masalah dia?

sord87 said...

@Mama chubbysetting karburator tak cantik set kan semula

ALIAS said...

saya pakai kereta kelisa auto 2004,
masalahnya sekarang minyak enjin selalu bocor..sebelum ni saya dah hantar repair, dah tukar gasket n etc, tapi kali ni minyak bocor pancut ke atas bonet pulak dan menitik ke bawah..so far minyak tak berkurang..mcm mana nak selesai masalah ni ye.. perlu tukar oil cap saje ke?

Arsad mekanik said...

@ALIASMinta mekanik ketatkan skru head pada kadar 50 atau 55 guna torque wrench dan gantikan cap tutup minyak itam

Langgan post terbaharu blog kerosakan kereta melalui email.Apa yang perlu anda lakukan ialah memasukan alamat email anda dan setiap post baru akan dihantar terus ke alamat email anda.

Masukan alamat email anda:

Dihantar oleh FeedBurner

Google+ Badge

kerosakan kereta Headline Animator

Tukar contact point kereta