Iklan Berbayar-Terimakasih kerana klik anda

Mar 8, 2010

Bunyi pada brek kereta gear automatik

   
Pada post kali ini aku nak menyentuh sedikit tentang masalah yang selalu dihadapi pada kereta gear automatik.Masalah yang berpunca dari penjajaran yang terus membawa kepada kerosakan pada sistem brek sesebuah kereta.

Sistem brek sesebuah kereta banyak bergantung kepada sistem minyak brek,dan selalunya ia akan melibatkan angin dalam brek kereta dan brek pad.Ada sesetengah kereta yang memerlukan pembuangan angin dalam sistem brek atau secara praktikalnya melepaskan minyak brek dalam keadaan enjin sedang beroperasi.Terdapat dua masalah pada sistem brek kereta iaitu:-

1.Brek kereta tidak berfungsi dengan baik

Ini dilakukan jika brek tidak berfungsi dengan baik dan jarak brek dari kereta bila berhenti terlalu jauh.Operasinya amat senang iaitu dengan membuka saluran kecil minyak brek pada kebuk brek atau Brake housing dan buangkan minyak sambil brek dipam oleh pengendali yang lain.Ulang operasi ini beberapa kali sehingga brek terasa padat(Ini adalah cara lama)

Brake Bleeding

Tetapi pada masa ini terdapat alat yang digunakan untuk tujuan ini dan hanya seorang pengendali terlibat dalam kerja ini.(lihat gambar)





Kebanyakan masalah ini akan terdapat pada kereta gear manual dan tidak terlalu kerap berlaku pada kereta gear automatik.

2.Brek berbunyi pada kereta automatik

Sistem jajaran atau wheel alignment banyak mempengaruhi bunyi pada sistem brek kereta automatik.Apa yang perlu dilakukan ialah membuat alignment dan balancing tayar untuk memberi ketepatan pada tayar dan seterusnya ialah menukar brek pad kereta supaya bunyi yang sama tidak berulang.

Fenomena ini selalu terjadi pada kereta automatik dan kebiasaannya pengguna kereta hanya membuat penjajaran tayar tanpa menukar brek pad dan bunyi tersebut akan terus ada jika pad tidak ditukar.

Untuk keselamatan dan corak pemanduan terbaik apa yang penting adalah mengekalkan kereta anda dalam keadaan lebih sempurna dari hari sebelumnya.


14 comments:

cik vios said...

Salam,
nk tanyelah...kenapa kereta sy ada bunyi eeeek...bila sy mulakan pmanduan perlahan sambil tekan brek...selalunye bila membelok di parking lot la...tapi bila drive laju...tekan brek sikit @ habis takde bunyi...vios,baru servis kedua..

sord87 said...

Bila brek terdapat sedikit bunyi terdapat banyak kemungkinan diantaranya:-
1.keadaan alignment yang tidak sejajar
2.brek cekam(pad) yang telah haus
3.kesilapan pemasangan brek pad(ada antara klip yang tidak dalam kedudukan betul)
4.wheel balancing yang harus diseimbangkan.

nasihat saya jumpa mekanik tayar dan buat WHEEL ALIGNMENT SERTA BALANCING dahulu kemudian periksa brek pad dan segala yang berkaitn dengan cara pemasangan DAN jangan lupa isikan minyak brek pada tahap yang ditetapkan.

Anonymous said...

as'kum. Sy pkai proton wira sedan 1.5M. Msalahnya tekan cluth msuk gear 1 berbunyi kuat. Gear yg lain ok je. Smpi edjust cluth bg tggi kurg bbuyi. Seolah2 bbunyi mcm xhbs tekan cluth padahal gear lain xbyi pun.

sord87 said...

saudara wira sedan 1.5m

Saudara boleh cuba tukar minyak gear dan kabel clutch serta mounting gearbox,jika masih terjadi demikian kemungkinan besar gearbox saudara bermasalah.

zhafrina said...

Salam En. Sord,

saya nak tnya psl masalah kereta saya, perodua viva 1.0 auto. bila enjin panas kereta jadi meneran, RPM naik dan speed jatuh. enjin still hidup, tapi kereta x nak bergerak. bila masalah ni jadi, saya re-start enjin...then boleh gerak a few meter je, pas tu mmg ssh nk gerak,..kereta mmg meneran dan enjin panas. adakah gear box saya rosak dan perlu tukar yg baru?
tolong email saya di

nasirah85@gmail.com

Terima kasih

sord87 said...

saudari zhafrina,

jawapan telah diemailkan

jiey said...

Sy ada msalah kereta semput lepas tukar distributor recon. Adakah bkaitan dgn tuning engine?

sord87 said...

saudara jiey,

Jika tiada masalah pada plug dan kabel ,terdapat juga distributor yang tak elok,dapatkan yang lain.

sofyezam said...

Assalam,

Saya mempunyai kereta Naza Suria dan menghadapi masalah:-

1) Brek kereta melekat dan kereta menjadi berat.

2) Berbau Hangit, tayar panas dan rim kereta panas.

3) Waktu pg sebelum kereta bergerak bila pedal brek ditekan brek dalam keadaan biasa...bila kerap menggunakan brek atas jln byk bonggol, apabila brek ditekan sedikit terus melekat dan bila minyak ditekan terasa berat (mengaum) dan menyentap.

4) Bila pedal minyak ditekan jarum RPM 3 @ 4...tp kelajuan kereta hanya 40 kilometer saja.

Saya telah menggantikan break pad, pam brek atas dan bawah, hose break pun ganti juga tapi masalah tetap tidak selesai..kereta menjadi berat seolah brek tu melekat...terutamanya waktu cuaca panas.

Harap Dapat Membantu.

Minta tolong emailkan jawapan anda di addafea@gmail.com

Terima Kasih.

sord87 said...

saudara sofyezam

Masalah begini adalah masalah brek
piston yang tidak kembali ke asal ,apa yang saudara perlu lakukan adalah menggantikan brek piston disebelah mana yang melekat itu dan beritahu mekanik supaya mengosongkan minyak brek dan disi dengan yang baru.

Minyak brek yang karat menyebabkan brek piston melekat .Digalakan juga membuat servis keatas semua brek piston.

Anonymous said...

salam...saya guna proton waja campro.masalahnya apabila lampu abs dan lampu hand brek menyala tak padam kalu drive jauh.saya pergi bengkel dan pomen kereta cuma servis sensor abs.tp masalah masih berlaku kalau drive jauh.jadi apa masalah yang sebenarnya?

sord87 said...

saudara waja campro

Masalah sebenar masih terletak pada sensor,saudara perlu tukar suis handbrake pada handle dan sensor pada abs!

Anonymous said...

saya ingin bertanya....saya pakai waja 1.6,sejak seminggu lepas lampu hanbrake kereta saya asyik bernyala....apakah masalahnya??? dan berapakah kos untuk baik pulih???

sord87 said...

saudara waja 1.6

Pada handbrek handle dalam kereta terdapat suis ,suis tersebt sentiasa tersentuh dan menyalakan lampu panel,periksa suis tersebut.

Langgan post terbaharu blog kerosakan kereta melalui email.Apa yang perlu anda lakukan ialah memasukan alamat email anda dan setiap post baru akan dihantar terus ke alamat email anda.

Masukan alamat email anda:

Dihantar oleh FeedBurner

Google+ Badge

kerosakan kereta Headline Animator

Tukar contact point kereta