Hari ni dah 2 hari dalam bulan Julai dan kebiasaannya bagi mereka yang makan gaji dan yang berprofession tinggi mungkin dah dapat gaji ataupun dah abis gaji dibelanjakan (he!he!).Tapi kalau bagi orang berniaga tentu pening lak dah masuk bulan baru je nak kena bayar mcm2,supplier berderet mintak utang jadi pokok pangkalnya dalam hidup nie ade saje yang nak kena diselesaikan.
Tapi hari nie bukan ini yang aku nak citer kat korang sumer,hari nie aku rase nak tulis pasal aircond kereta lah pulak.Aku ingat dah lame aku tak tulis pasal kereta ni jadi hari ni aku ambik kesempatan nak beritau pasal AIRCOND kereta ataupun bahasa melayunya PENGHAWA DINGIN.
Kalau citer pasal aircond kereta nie ada 4 komponen utama iaitu compressor,condenser,cooling coil dan gas filter.4 komponen nie pulak ada fungsi masing-masing la pulak dan aku andaikan korang sumer lum tau jadi aku kasi tau le serba sedikit ya!.
Prosesnya berbunyi macam nie ,gas yang ditabung di gas filter (botol aluminium hitam disebelah kiri atau kanan dalam enjin) akan disalurkan ke compressor,yang nie penting sebab gas akan melaluinya dan di 'press' supaya gas tu jadi sejuk terus dilalukan ke condenser untuk melikatkannya, macam susu condensed milk tu le.Selepas sumer kerja "press'dan"condensed' nie selesai gas tu akan disalurkan ke cooling coil untuk kerja terakhir iaitu penyejukan,dan dari situ le kita dapat gas sejuk yang kuar dari corong aircond dalam kereta korang tu.
Begitulah serba sedikit pasal aircond gas nie tapi tujuan aku tulis nie nak beritau selalu pengguna kereta nie akan hadapi masalah aircond tak sejuk dan berwap,jadi untuk kesenangan sumer ade beberapa sebab ia jadi begitu:-
1)compressor tak berfungsi-samada masalah wiring atau compressor dah rosak
2)compressor takde minyak dan bering yang rosak
3)cooling coil bocor
4)condenser bocor
5)terdapat hose penyambungan yang bocor
6)gas filter yang dah lama digunakan.
Kesimpulannya dalam banyak2 sebab tu yang paling banyak sekali ialah compressor jadi compressor nie selalu bawa masalah paling tinggi,so kalau korang pi woksyop pastikan mekanik check minyak compressor ade, supaya ianya tak jam dan bukan korang tak tau harga yang paling mahal dalam komponen aircond ialah compressor jadi pastikan mekanik check compressor disamping sebab yang lain juga!
Pesan yang terakhir aku nak kasi tau ialah kalau tukar compressor pastikan mekanik servis cooling coil dan gas filter kalau boleh ditukar baru le sejuk macam kat Genting HIghland gamaknya dan jadi beku korang duk dalam kereta!
Setakat ini dulu la ya nantiku bawa citer lain pulak!

1.Compressor
2.Filter
3.Expansion valve
4.Fan clutch/Blades
5.Blower
6.Radiator/Condenser/Fan motor
7.Heater control valve
8.Heater core
9.Evaporator core
10.Hose Fitting
wassalam-kerosakan kereta

67 comments:
bagus bro bagi penerangan pasal econ nih..ramai yg tak tahu sistemnya!!
saya ada cara utk tambah lagi sejuk econ keta kita, sy cadangkan guna voltan stabilizer ori-charge! econ keta makin sejuk, jimat minyak, tambah pickup, lampu terang, bunyi audio power..x perlu pakai power M..
nak tahu pasai ori-charge ni, sila ke web :
http://www.ori-charge.webs.com
salam owner blog, saya guna Perodua Viva.. masalah pada air cond saya, sebelum dia rosak kipas kejap on kejap tak on, sepanjang dia jadi mcm tu, bila enjin dalam keadaan idle rpm akan naik turun kadangkala enjin terus mati. Sudah hantar checking, gas banyak lagi, fuse A/C tak putus lagi, cuma dia cakap, current dari computer box pargi ke kaki Relay untuk signal kat compressor tu takda. dia suspect computer box ada problem. betul ke? computer box tu ECU ke?
salam tuan..
ada cadangan kedai mane utk servis aircond yg bagi harga berpatutan sekitar kl/pj
tk
susah nak kata tetapi ada baiknya jika saudara pergi ke satu kedai yang buat aircond dgn kualiti terbaik supaya aircond saudara tak rosak selalu.
Chipo auto aircond,taman maju jaya puchong.
sy nak tanya,aircond keta saya akan jd panas bila keta berhenti,means dlm jammed.tp kata mechanic compressor msh ok,minyak cmprssor pun da tukar,ape mslhnya hah,mechanic pun x tahu sebabnya,blh bntu sy?tq
saudara tak bernama,
aircond panas walaupun semua komponen berfungsi kebiasaanya kerana kipas kondenser yang kurang kuat berpusing,sila periksa kipas aircond saudara.
SALAM BRO....
KWN PAKAI KANCIL 660 STANDARD...
COMPRESSOR BRAND SANDEN....
BILA ON AIRCOND PICKUP XDA, MINYAK LAJU KWN TRY NAK TUKAR COMPRESSOR BESAR DENSO..MECHANIC ADVICE COMPRESSOR BESAR TU RECON PAKAI TAK LAMA SO KWN BERCADANG NAK CARI YNG ORI..APA NASIHAT BRO PLAK TUK MENINGKATKAN KUALITI ECON, PICKUP KERETA AND PRESTASI ENJIN
saudara kancil 660,
pickup kereta bergantung hampir keseluruhan kepada enjin dan komponen,dari plug sehingga ke clutchplate
Memakai kompressor dengan lebih tinggi hanya menyekat kekuatan enjin untuk memusingkan piston kompressor.
Adalah lebih baik jika saudara gunakan distributor elektronik untuk enjin,guna plug bosch,tukar fuel filter dan adjust tappet dan juga memastikan semua hose kecil yang bersambung ke karburator,FICD dan distributor adalah tidak keras atau bocor.gantikan jika bocor.
Perhatikan hasilnya.
salam bro...tau x kt area jb kedai mane yg bagus buat air cond ni.huhu.tq bro
saudara kat jb
Saya pernah diberitahu oleh rakan di Johor Bharu mengenai sebuah kedai baiki aircond AZ auto cool dan aksesori di Johor Bharu,tetapi saya tidak berkesempatan mengunjunginya mungkin saudara boleh cuba baiki aircond saudara di situ.
awk, nak tanye kalau cooling coil bocor, untuk kereta kancil, kos nk tuka yg baru berapa eh?
saudari zee,
kos tampal atau tukar cooling coil adalah dikira sebagai servis aircond iaitu dianggarkan dibawah rm200
salam tuan..
knpe ea kipas kejap on kejap off..setiap kali sya bwk g wkshp 2 @ 3 ari pas tu x bgerak balik...tolong encik..sya da fed-up..duit da abis asyik repair tang tu gak..apa maslhnya ye..
salam tuan..
knpe ea kipas kejap on kejap off..setiap kali sya bwk g wkshp 2 @ 3 ari pas tu x bgerak balik...tolong encik..sya da fed-up..duit da abis asyik repair tang tu gak..apa maslhnya ye..
saudara kipas
Jika kipas aircond yang saudara maksudkan sila periksa sensor berada pada cooling coil.
Salam bang,ari 2 saya ad buat service untuk cooling coil,lepas 2,saya dapati air kat radiator b'kurang,sangat pelik,bile check x tau mne air 2 pegi,last2 saya tngok kt carpet bawah basah dah macam kolam,ape yg perlu say buat,buntu dah nie,niat nk anta kedai je sok ni
saudara/i yang bertanya carpet basah,
2 soalan sebenarnya
1)Jika carpet sebelah penumpang basah,itu adalah kerana hose yang sepatutnya mengeluarkan air aircon keluar samada tidak dipasang atau tidak disalurkan ke lubang luar
2)Air radiator berkurang tiada kena mengena dengan aircond,Jika berkurang yang banyak ada kemungkinan radiator bocor atau kipas radiator yang tidak berfungsi.
helo cikgu.. tumpang tanya. saya baru beli kreta kelisa 2hd. masalah dia bila motor fan berpusing atau on air cond rasa bergegar.. apakah masalah ini cikgu.
anak murid son,
Bila fan dan kompressor beraksi,RPM akan jatuh kira2 100 radius/minute dan menjadikan kereta bergegar sedikit.Untuk baikinya:-
1.Periksa semua hose kecil berdekatan air filter,enjin dan komponen a/cond pada body kereta.Jika pecah tukarkan,jika tercabut masukan semula.
2.FICD supply adalah alat untuk menaikan RPM setelah kompressor berfungsi,ianya biasa terletak pada body kereta berdekatan wiper.Tukar alat tersebut jika cara 1. tidak berkesan.
3.Pastikan juga spark plug dan air filter baru digunakan untuk mencegah kesan2 kecil sampingan dan memburukan lagi gegaran enjin.
ok.. saya akan check semua nya itu. terima kasih cikgu..
helo cikgu.. masalah gegar tu saya dh check.ada kurang 1 bolt n nut pada flame kipas tersebut.so saya dh tambahlah 1 bolt n nut. tapi masih juga gegar. tapi taklah kuat sangat. tak mcm sebelum tu. bahagian hose semua ok. tak ada yang tercabut. FICD saya masih baguh lagi. sbb bila on air cond engine tak drop sangat.
pasal spark plug aku tak check lagi. tapi kipas saya tu mcm tak balance la bila pusing.. mcm ada bengkok. mmg macam tu ke cikgu.
kipas ni kalau tak bagus ada effect ke suruh body kereta tu gegar cikgu.
satu lagi,kalau kipas tu dh pusing,tak pandai nak henti2 la pula. mmg standard kelisa ke cikgu..
tolong cikgu.. tq..
son,
kipas bengkok mungkin dah lama pakai ada bengko sikit kot,tapi kalau sebab kipas gegar enjin sehingga RPM jatuh itu tak mungkin kerana RPM jatuh hanya pada masalah tertentu sebab timing yang rendah.
Kipas tak berhenti pusing mungkin mekanik saudara son dah wiring direct untuk kipas aircond jadi kipas akan terus berpusing tanpa menggunakan relay.
Kipas aircond ada relay dan kipas radiator juga gunakan relay periksa relay tersebut.
relay tu lekat kat mana cikgu..
anak murid son,
Relay letak dkt fuse box samada dalam enjin sebelah penumpang atau dibawah kaki pemandu
macam mana kita nak tau, relay tu untuk motor fan ke, utk hon ke, untuk lampu ke.. nanti tersalah cabutla pula. dan macam kita tau sama ada relay tu bagus ke tak cikgu. tq.. jgn marah cikgu..
encik murid son,
Semua kotak fius ada petunjuk pada penutupnya dan semua komponen adalah menggunakan relay,tiada yang diwiring terus-menerus,jadi apabila salah satu komponen seperti kipas rosak ia samada kipas itu rosak ataupun relay rosak.Begitu juga dengan komponen yang lain.
ok, trima kasih cikgu..
saya guna kereta wira 1.5.aircorn saye kurang sejok dan bila bukak aircorn nanti mesti akan bau terbakar. knp ye ? agak2 brape anggarannye??
saudari myra hazizi,
Jumpa mekanik untuk periksa belting dan pulley adjuster aircond.Kos tukar sekitar rm 150.
Kenapa aircond myvi saya bunyi macam ada benda bocor. Bising bunyi macam shhhhhhh. Aircond tak sejuk langsung. Angin je keluar. Hari tu dah tukat filter and top up gas. Ni jadi plak :(
saudari nursakinah bte mohd soleh,
Jika bunyi macam tu memang tiada gas langsung dan memang bocor ,bocor tersebut mungkin besar sebab tu ia binyi bising ,biasanya cooling coil bocor dan mungkin telah tercabut dari pegangan.Periksa di w/syop.
Cooling coil myvi berapa rm ye?
saudari nursakinah mohd soleh,
kira2 rm300-350.
Hari tu saya topup gas + tukar filter kena RM100 betol ke? Takut kena tipu je dengan kedai tu
saudari nursakinah bte mohd soleh,
harga rm100 harga biasa ,paling murah pun mungkin rm80 sahaja.
salam, saya mengunakan viva 850.masalah saya :
A) apabila menambah kelajuan, mendaki, memotong akan bunyi bising mcm geseran pada enjin@gearbox bila pedal minyak tekan habis terutama bila pasang aircond.lambat pickup.da lama sikit baru ok jalan mcm biasa.
B) bila berhenti pasang aircond bunyi bergegar kuat sangat kat enjin. tapi bila tekan clutch, bunyi tu hilang.lepas bunyi balik.
apa msalah saya n bro ada bengkel x?senang anta kat bro untk cek..
saudara viva 850
Bunyi tersebut adalah bunyi bering clutch,ini adalah masalah biasa terjadi pada kancil dan viva.
Turun gearbox dan gantikan bering tersebut.
salam,
saya guna kembara auto 1.3cc, saya nak buat servis radiator enjin & radiator aircond.biasanya utk keberkesanan p& prestasi kenderaan, yang mana perlu diberi keutamaan servis dahulu, radiator enjin @ radiator aircond ?
TQ atas respon tuan.
saudara kembara auto 1.3cc,
Saya rasa apa yang saudara maksudkan adalah servis radiator kerana terdapat hanya satu radiator sahaja untuk sebuah kereta,hanya kipas sahaja yang kadangkala terdapat 2 yang berbeza satu enjin dan satu aircond.
Untuk servis radiator untuk mengembalikan sejuk enjin lebih baik servis radiator saudara dengan bahan kimia dikedai radiator berdekatan selain daripada flush radiator yang boleh dibuat sendiri.
saya menggunakan wira 1.5..sebulan yg lepas,saya telah menukar cooling coil kerana didapati ia telah bocor setelah diperiksa..disebabkan kebocoran pada cooling coil itu,saya kerap menambah gas sebelum ini kerana kurang/tidak sejuk....soalan saya,jika cooling coil dan beberapa kompenen aircond yg lain seperti compressor,condenser dan gas filter berada dlm baik,berapa lamakah lagi gas yg sedia ada boleh bertahan dah bilakah tempoh sewajarnya untuk saya menambah isi semula gas? adakah mungkin memakan masa selama setahun? tolong bantu...
saudara joe,
Jika tiada masalah kebocoran,habuk,pulley,minyak dan clutch pada kompressor serta komponen lain juga baik,gas yang saudara isi mampu bertahan melebihi 2 tahun atau lebih.Ada yang sehingga 5 tahun baru mengisi gas semula.
owh..mcm tu ke..sekarang dah paham..terima kasih ye..
Salam tuan,
saya guna KEMBARA 1.3 EZ auto, sistem aircond kereta salah satu faktor overheating tak? maaf jika salah, sekadar tambah info. kembara standard saya, ada radiator & kipas radiator.depan radiator ada kondenser aircond. boleh tak kalau saya tambah depan kondenser aircond itu ? ada foremen sarankan..betul ke tak, itu yg saya tanya tuan..tujuan apa erkk ..TQ
saudara KEMBARA 1.3 EZ auto,
Enjin kembara menggunakan satu kipas dan satu belting,olehsebab itu jika terkurang kekuatan salah satu komponen seperti kipas atau water pump ia cepat mengundang overheating.
Servis radiator,tukar water pump biasa dilakukan kebanyakan pemilik kembara untuk masalah overheat,jarang sekali yang menambah kipas untuk aircond kerana ia mengundang lebih masalah terutamanya mengurangkan prestasi enjin juga wiring yang tidak tersusun.
Salam tuan blog..
saya guna KEMBARA 2002 auto 1.3 EZ.
saya ade tukar radiator baru minggu lepas, bila agaknya nak servis radiator lepas ini ? ikut bulan ke mileage ?
soalan ke-2, sistem aircond saya juga ade buat servis ; coil, tukar pipe, drier, servis condenser. bila masanya kena buat servis lepas ini ?
soalan ke-3, kipas saya (belakang radiator) versi kembara ini HC-EJ cuma satu sahaja, ader saranan dari foremen tukar kipas jenis kembara DVVT. mtk pandangan tuan blog..
Sekian, terima kasih.
Saudara KEMBARA 2002 auto 1.3 EZ,
1.Jika enjin tak panas,kipas berjalan elok,air tangki simpan tak kurang ini maknanya sistem penyejukan bekerja dengan baik,servis radiator tidak dikira ikut mileage atau bulan,ada yang tak pernah servis radiator berbelas tahun kerana sistem penyejukan yang tiada masalah seperti yang saya sebutkan.
2.Begitu juga dengan servis aircond jika tiada masalah udara sejuk,gas bocor,gas kurang saudara tak perlu servis sampai bila2 pun tak apa,ada pengguna yang servis aircond selepas 7 tahun kerana gas kurang,gas kurang boleh dilihat bila filter gas kaca berbuih2.
3.Kipas hanya berperanan menyejukan radiator secara pengaliran keluar udara panas,jika tiada masalah pada sistem penyejukan,temperature stabil,kereta tersebut tak perlukan kipas berbentuk lain,ada terdapat kipas yang tidak disesuaikan dengan enjin menyebabkan enjin cepat panas.
salam.
saya menggunakan kereta wira 1.5
masalah keta tersebut ialah.
1. apabila aircond di "ON" kan dalam 10-20 minit. terdapat bunyi screeeeeeeeeeeeeeet..........(mcm org brek) dan apabila di "OFF" kan bunyi tersebut akan hilang. pada masa yang sama kuasa kereta terasa seperti terus drop.
untuk makluman tuan, bunyi tersebut tidak berterusan, tetapi akan berbunyi sekejap-sekejap.
minta tuan tolong apa masalah tersebut sebelum menghantar ke kedai supaya tidak di tipu.
sekian terima kasih
saudari jamila shafei,
Bunyi ini adalah bunyi bering kompressor,dapatkan bantuan mekanik aircond untuk tukar bering kompressor tersebut.
Assalam Tuan Sord.. sy pakai kancil 660..berapakah suhu (darjah celcius) baru cutoff di cooling coil active..kete sy running lame bru cut..dan adekah disebabkan timing engine yg tinggi jugak..satu lg minyak mcm agak kuat..pening pale??
tq
Assalam Tuan Sord..sy pakai kancil 660..bru ganti cooling coil..persoalannya compressor lambt nk cut off..berapa suhu sepatutnya dia cut..?
saudara me-myself -i
Minta mekanik adjust contact point supaya timing rendah,tukar air filter(bersihkan atau basuh kotak air filter),tukar plug.Insyallah penggunaan minyak akan bersesuaian dan rendah.
Mengenai cut off ia bergantung kepada sensor,suhu terletak pada sensor,kadangkala bila sensor cooling coil tidak diletak betul pada kedudukannya atau terhalang oleh getah pengikat dsbnya ia akan melambatkan cut off,kena periksa semula bagaimana corak pemasangan sensor pada cooling coil.
salam 1malaysia
ok critanya gni, sya pkai kncil 850, ekon sya skg ni da cam sauna, 2x anta servis tmpt yg sma dlm msa 2 tahun ni, tp ekon guna mmg xsmpai 6 bulan da pns balik, simptom ekon ada bnyak, klu off enjin n ekon, msti ada bunyi hissing 'ssshhhhh' cam isap air guna straw...pastu klu adjust temperature bunyi klik, bnyi mmg bnyk kali...tp kdg2 jak sbb takut da mo adjust hehehe..last servis ari2 mmg suma da cek, cooling coil n kondeser da buka siap rendam lam air, tp xda bocor, filter da tukar, kompresor da tuka minyak, siap kaler ijau lg..piping suma da tuka getah...tp bleh thn smpai 5 bulan jak, so skg mmg xda ekon la keta saya 2..mls mo anta servis, kompresor pun mcm dah mati skg ni...suis a/c idup tp bila on enjin cam biasa jak..xda rasa berat, apa msalah ekon saya ni tuan? tlong email -> x_rateditem@yahoo.com
saudara awang,
masalah ini masalah cooling coil sensor,tukar sensor dalam cooling coil.
Assalamualaikum Tuan,
Saya menggunakan kereta Iswara LMST 1.3 Manual. Masalah aircond saya nie suhu sejuknya tak sampai ke tempat duduk penumpang belakang. angin dah kuat tp sejuk tu kurang..dah servis aircond (tambah minyak & gas, tukar tabung)dan sewaktu dengannya tp sejuk tetap tak sampai ke belakang..tolong saya tuan..ada org kata kereta kebal memang mcm nie aircond tak sejuk tapi sy percaya mesti ada penyelesaiannya..
Wksm WBKT,
servis aircond ada tak tukar valve pada cooling coil,jika tak tukar angin tetap tak sejuk,selain itu pastikan kipas pusing baik dan cut off kipas serta kompressor juga baik iaitu tidak cepat cut off.
Insyallah jadi sejuk jika dilakukan .
semua tukar tuan, termasuk motor kipas sebab motor kipas tu rosak..kipas ok lagi..berapa lama masa untuk cut off kipas dan kompressor tu yer tuan?
valve tu yang warna tembaga tu kan tuan?
Salam Satu Malaysia..
Saya ada masalah aircon.
Tahun ni..
Bulan 9 saya p bengkel sbb aircon keluar angin panas jer. Bengkel top up gas. ok.
bulan 10, g bngkel lg, masalah sama. lepas check, pomen ckp top up gas and tukar filter takut filter kotor sgt. ok
semalam,air con keluar angin panas jer... plak. Kak Seri rasa tertipu.
Apa nasihat saudara utk Kak Seri.
Keta Kak enjin diesel 2.5.
Terima kasih atas nasihat2 sauadara di blog ni. Banyak memberi panduan kpd. para pemandu wanita.
salam satu malaysia umaira baihaki,
Masalah ni masalah kompressor,tukar kompressor kereta diesel kak seri.
saudara tanya valve,
betul valve a/cond berwarna tembaga dan mempunyai pintalan gelung kecil dihujungnya.
saudara tanya angin tak sejuk sampai belakang,
1.Cut off bergantung pada dimana kita letakan panel penunjuk suhu dalam kereta jika banyak ia jadi lambat cut off,bila sikit ia jadi cepat cut off ,jika panel tersebut berfungsi baik ia akan cut off mengikut arahan dari panel penunjuk suhu.
Jika cut off terlalu cepat dan laju a/cond tak mungkin sejuk sepenuhnya.
Salam cikgu,
sy nak tanyer..sy pki grand livina 1.6AT..bile ON aircond,ader bunyi bising pada enjin..sy hantar g servis kereta n pomen cakap compressor rosak dan kene tukar baru..budget dalam 2k..betul ker cmtu..minta bantuan..huhuhu
salam kembali anak murid,
Kompressor yang rosak berbunyi ada 3 sebab:-
1.sebab bering
2.sebab belting kendur
3.sebab dalaman kompressor kurang minyak
Jika terlalu bising ia masalah kompressor,jika bising dicurah air dia hilang masalah belting kendur,jika bising berdesing dan kasar ia masalah bering kompressor.
Pastikan bunyi tersebut dan jika tukar kompressor kos paling mahal pun sekitar rm700
Salam tuan blog,
berapa anggaran full servis utk sistem aircond ?? kiranya semua part la yg kena servis.. tak termasuk brg yg rosak/perlu di-ganti baru..
bgaimana nak jaga agar sistem aircond kereta sentiasa dlm keadaan baik selain full services rutin aircond..
TQ mr.blogger.
@AnonymousMr.blogger
Anggaran sekitar rm200 termasuk gas.
Jaga a/cond mudah saja,jangan letakan temperature switch pada full blast,memadai dinaikan sedikit2 jika kurang sejuk
2.selalu semburkan air pada kondenser
3.Jika terdapat kerak hitam pada mana2 komponen a/cond seperti pada penghujung hose kondenser,sekeliling kompressor,elakan dengan segera membaiki.
4.Tambahkan minyak kompressor pada kompressor setiap kali mengisi gas.
Assalam en Sord.
kancil saya menggunakan enjin dan sistem aircon mira. telah menukar compressor terpakai dari kedai potong. vakum dan myk comp yg baru. bila on aircon kipas kdg2 pusing dan tak. tanpa on aircon kipas memang pusing berdasarkan kepanasan enjin. bila on aircon rpm akan turun naik tidak idle dan enjin mati sendiri. antara yg telah ditukar comp, drier ndan motor kipas. trmksh
@rizalRpm dikawal oleh stepper motor ketika ada aircon atau tiada,throttle body saudara perlu ditukar ataupun tukar stepper motor
Post a Comment