Jom!

10 Mar 2012

kerosakan kereta-Teknologi LED pada kereta, kediaman dan hiasan






Salam,

Teknologi Led adalah ,mengenai lampu-lampu yang digunakan pada kereta,lampu trafik,lampu iklan dan sebagainya.Diode bertindak dengan memperkayakan kuasa lampu untuk menjadi lebih terang dengan menggunakan kuasa minima.

Semakin lama Led semakin mendapat perhatian dan terdapat kereta-kereta yang telah siap dibina dengan menggunakan lampu berteknologi Led.Penggunaan lampu belakang kereta misalnya sebahagian dari mentol lampu tersebut diubahsuai menggunakan led teknologi.Kebanyakan kereta berjenama juga telah memasang lampu ekor Led dibahagian belakang kereta mahupun sebagai Lampubrek ketiga.

Light Enmision Diode juga diperkenalkan dalam teknologi pengiklanan dan juga sebahagiannya digunakan pada lampu trafik yang bernyala lebih terang walaupun dalam cuaca buruk seperti hujan lebat dan berjerubu.Jika di luar negara walaubagaimana cuaca buruk bersalji lampu ekor belakang kereta tetap boleh dilihat walaupun pada jarak 100 meter dari kereta hadapan.

Pengubahsuaian lampu kepada teknologi Led ini juga menjadikan teknologi Led diambilkira sebagai kajian dalam banyak penyesuaian pada kamera untuk lebih memperkasakan penggunaan kesannya pada kamera seperti dalam video ini.



Apa yang berlaku dalam video ini menjadikan penggunaan teknologi Led akan lebih mendapat tempat dikalangan pengguna untuk lebih meyakinkan dalam penggunaannya secara menyeluruh.

signal lampu Led


Penggunaan lampu Led pada kediaman

Terdapat juga penggunaan lampu Led ini pada kereta sebagai aksesori.Lampu Led ini bertindak menyerikan lagi kereta pada waktu malam.Ada juga terdapat penggunaanya dalam kereta dan lebih menarik perhatian jika dipasang pada waktu malam ketika berehat didalam kereta.

8 Mar 2012

kerosakan kereta-Penyelesaian DIY ketika hujan








Salam,

 Terimakasih kepada semua pengunjung blog kerosakan kereta ,semuga hari-hari yang dilalui bertambah elok,sihat jasmani dan rohani.Di waktu keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ini  kadangkala  cerah dan kadangkala hujan hingga dinihari malahan ada juga cuaca hujan sehingga keesokan harinya.

Pada waktu-waktu begini keadaan jalanraya sesak kerana ramai yang terpaksa memandu perlahan ke destinasi masing-masing.Pada cuaca  waktu hujan begini pula jalan jadi berlopak dan tak kurang juga air yang melimpah sehingga kedalamannya mencecah tahap banjir.

Pada waktu demikian lopak-lopak air kadangkala membawa masalah kepada kenderaan  dan menyebabkan ramai yang lambat menuju destinasi .Kereta juga mudah berhenti dek kerana air yang mencecah laluan api kereta dan menyebabkan enjin berhenti.

Terdapat 4 bahagian utama laluan api kereta yang mudah terganggu bila terkena air dan memberhentikan enjin serta merta.

1)Kabel Plug
2)Distributor
3)Ignition Coil
4)Ekzos (jika banjir)

Bahagian utama seperti kabel plug,distributor dan coil adalah amat sensitif jika terkena air,titisan air saja boleh memberhentikan enjin kereta.Manakala ekzos pula jika air yang terlalu banyak masuk dari ekzos kereta, juga akan memberhentikan enjin kereta serta merta seperti dalam waktu banjir.

Jika kereta berhenti tiba-tiba dipertengahan jalan sedikit pengetahuan mungkin dapat membantu menghidupkan enjin kereta tersebut.Penyelesaian  DIY yang boleh dilakukan sementara oleh pengguna kereta adalah :

1)Cabut kabel plug satu demi satu dan tiupkan beberapa kali dengan hembusan kuat kedalam kelongsong kabel plug yang dicabut tadi.
2)Tanggalkan penutup distributor dan hembuskan dengan kuat kedalam penutup supaya sedikt air yang tercecah ke kawasan sulit dapat dikeringkan.
3)Begitu juga harus dilakukan kepada sekeliling ignition coil.
4)Hidupkan enjin semula

ignition coil

kedudukan kabel plug dan distributor dalam enjin


Nota: Ekzos tidak boleh dihembuskan ia harus ditanggalkan untuk pembersihan dengan mesin penyembur angin.

17 Feb 2012

kerosakan kereta-Kesan dari makan minyak hitam








Salam kepada semua pengunjung,

Dalam post yang terdahulu ada dinyatakan bagaimana pelarasan tappet dapat menghalang bunyi ketukan yang kuat dan juga bagaimana top overhaul dapat mengembalikan enjin kereta seperti sediakala.

Video diatas menunjukan hampir keseluruhan kesan-kesan yang dapat kita dengar mengenai ketukan yang terlalu kuat terjadi dalam enjin yang telah mengalami ketidakupayaan mengawal geseran dn mungkin juga terdapat kompnen dalam silinder yang telah pecah akibat dari minyak hitam yang menjadi kurang sedikit demi sedikit (makan minyak hitam).

Kesan dari minyak hitam yang menjadi kurang dengan cepat akan menghasilkan bunyi dalam enjin yang kuat serta boleh menyebabkan sebahagian komponen seperti rocker arm menjadi rosak atau pecah.

Rocker arm



Kerosakan ini hanya boleh dibaiki dengan membuat top overhaul keatas enjin tersebut dan menukar semua set top overhaul seperti valve seal,rocker arm yang pecah dsbnya.Walaupun top overhaul kebiasaannya dilakukan jika putus timing belt tetapi dalam kes sedemikian top overhaul adalah wajib dilakukan untuk membolehkan kereta tersebut berfungsi seperti sediakala untuk menjamin jangkahayat yang lebih panjang.


25 Jan 2012

kerosakan kereta-tukar contact point







Salam dan Gong Xi Fa Cai

Dibawah ini adalah video dari blog kerosakan kereta yang hanya disiarkan di Youtube mengenai menukar contact point dengan cara yang betul.Contact point atau pin sesentuh adalah punca utama kereta mendapatkan percikan api  yang disalurkan kepada plug kereta untuk pembakaran.Walaupun penggunaan distributor elektronik yang meluas tetapi masih banyak lagi kereta yang masih menggunakan pin sesentuh ini seperti kereta kancil,noissan vannette dsbnya.

Kebiasaannya jika contact point ini dipasang tidak tepat kereta tersebut akan mengalami letupan kecil bila berjalan dan sukar dihidupkan.Jika anda mengalami masalah demikian sila jumpa mekanik yang arif supaya ianya dapat diselaraskan dengan tepat.Begitu juga dengan penggunaan distributor elektronik jika mengalami enjin yang kadangkala enjin stabil dan kadangkala tidak serta sukar dihidupkan pastikan anda mendapatkan distributor yang baru.




Video servis kereta
Video tukar plug kereta

1 Jan 2012

kerosakan kereta-Apa itu servis air cond






Salam dan Selamat Tahun Baru 2012,

Ramai yang menyangka bahawa srevis aircond saja akan menjadikan kereta nempunyai suhu sejuk yang cukup menyejukkan dalaman kereta.Olehkerana banyak kemusykilan dan pertanyaan kenapa aircond kereta tidak sejuk walaupun ia telah diservis maka wujudlah post ini untuk menjelaskan lebih terperinci mengenai apakah sebenarnya servis aircond.

Dalam post komponen aircond terdahulu telah dinyatakan komponen utama dalam sistem aircond yang boleh di servis.Terdapat 3 komponen utama yang perlukan tumpuan menyeluruh dalam pembaikan aircond secara telus.Kompressor,cooling coil dan kondenser adalah komponen utama dalam sistem aircond tetapi bukan komponen yang akan diservis dalam aktiviti servis aircond.

Ramai pengguna kereta yang tersalah tafsir mengenai servis aircond.Servis aircond yang dilakukan dimana2 bengkel kereta adalah mengenai pencucian dan penukaran bahagian tertentu sahaja selain pengisian semula gas aircond dan memeriksa kebocoran pada hose.

Bila servis aircond komponen utama yang akan dikeluarkan adalah cooling coil.Cooling coil adalah mengenai sirip-sirip halus berbentuk empat segi dan mempunyai dua paip hose yang bersambung terus ke kondenser dan kompressor (rujuk gambar).Hose pada cooling coil di tapis dengan injap ataupun biasa dipanggil valve aircond.(rujuk gambar).Injap aircond ini akan ditukar setiap kali bila servis aircond dilakukan.Malangnya kadangkala bahagian ini tidak ditukar dan menyebabkan kesejukan dan keseluruhan sistem aircond kadangkala tidak berjalan sempurna.

Setelah injap ditukar cooling coil akan dicuci dalaman dan luaran dengan menggunakan thinner dan air.Terdapat juga bahan pencuci kimia yang akan digunakan dalam mencuci cooling coil.Kebocoran pada sirip2 halus di cooling coil biasanya akan ditampal sebelum ia dipasang semula.Satu lagi bahagian yang akan ditukar adalah gas filter atau tabung gas.Tabung gas berkedudukan didalam enjin dan biasanya ini akan ditukar untuk pelancaran sistem aircond.

Setelah cooling coil dipasang j kompressor akan ditambah dengan minyak kompressor untuk melincirkan lagi pemusingan bahagian dalam kompressor.Komponen yang biasa mengalami kebocoran seperti hose penyambung da kondenser akan di baiki juga seperti menukar hose dan mengimpal kondenser.

Dan akhir sekali gas aircond akan dimasukan secukupnya setelah semua bahagian yang dinyatakan tadi mengalami pembaikan .Secara ringkasnya  servis aircond adalah mengenai:-

1)MENGELUARKAN COOLING COIL UNTUK DICUCI
2)MENUKAR INJAP AIRCOND
3)MEMERIKSA HOSE DAN TUKAR JIKA BOCOR
4)MENAMPAL BOCOR PADA KONDENSER
5)MENGISI MINYAK KOMPRESSOR
6)MENGETATKAN GETAH TALISAWAT KOMPRESSOR
7)MENUKAR SENSOR SUHU JIKA PERLU
8)TUKAR TABUNG GAS
9)MEMASTIKAN KIPAS AIRCOND BERPUSING LANCAR

Jika anda baca dari awal hingga akhir tidak sekalipun disebutkan mengenai membaiki kompressor ,hanya disebutkan mengenai mengisi penuh minyak kompressor.Ini bermaksud jika terdapat kerosakan besar atau kecil pada kompressor akan menyebabkan aircond jadi tidak sejuk.Ramai yang beranggapan bahawa sejuk akan kembali seperti sediakala jika servis aircond telah dilakukan.Harus diingat bahawa kompressor yang rosak adalah penyumbang utama dalam kerosakan keseluruhan sistem aircond selain daripada kondenser dan bahagian kecil sistem aircond seperti suis,wiring dan fius.


injap aircond(valve aircond)


sensor suhu yang dilekatkan  pada cooling coil


Tabung gas aircond

 Jika setelah anda servis aircond ,anda masih lagi mengalami masalah pada kesejukan dalaman kereta sudah semestinya tidak ada kena mengena dengan servis aircond kecuali terdapat diantara yang telah disebutkan tadi tidak dilakukan dan kecuaian mekanik yang melakukannya seperti tidak menampal bocor dan menukar bahagian penting dalam servis aircond kereta.


Tukar Plug Kereta